BANTUANGeran PelancaranJKM

GP : Bantuan Kewangan RM2700 Untuk Golongan Memerlukan

GP : Bantuan Kewangan RM2700 istimewa ditawarkan kepada kumpulan sasar yang berkelayakan pada tahun ini. Untuk sedia maklum, pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan bagi membantu mereka yang memerlukan.

GP : BANTUAN KEWANGAN RM2700

Kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menawarkan pelbagai jenis insentif dalam skim bantuan kebajikan. Salah satu inisiatif yang boleh dimohon adalah bantuan Garan Pelancaran (GP) berjumlah RM2700 sekaligus.

Objektif perlaksanaan bantuan khas GP ini masih diteruskan pada tahun ini adalah bagi membantu meringankan beban golongan sasar. Dengan adanya insentif khas ini dapat memperkasakan ekonomi golongan memerlukan JKM yang produktif.

Mereka yang mempunyai minat, potensi dan kemahiran untuk menjana pendapatan secara individu atau keluarga. Tujuan program ini juga mewujudkan pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

KELAYAKAN KHUSUS BANTUAN KEWANGAN GP RM2700

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan khas GP ini seperti berikut :

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi (PGK) pendapatan garis kemiskinan, purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  3. Kumpulan sasar JKM

PANDUAN CARA MOHON BANTUAN

Kepada mereka yang kurang berkemampuan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila ke laman rasmi JKM eBantuan – DI SINI

Bagi makluman umum, insentif khas ini diberi keutamaan kepada kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan bulanan sedia ada. Kepada bulan penerima yang ingin memohon bantuan GP RM2,700 ini, anda perlu membuat permohonan bantuan JKM bulanan terlebih dahulu.

Jika berkelayakan dan lulus, permohonan bagi mendapatkan bantuan Geran Pelancaran boleh dilakukan melalui penilaian oleh pihak JKM. Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan bantuan JKM ini, sila hubungi talian khas Jabatan Kebajikan Masyarakat di – 03 8000 8000.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023, terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button