BANTUANMySalam

Bantuan Kewangan Tahun 2022 Sebanyak RM 700 Secara Automatik

Untuk makluman umum, ramai yang  terlepas pandang berkenaan inisiatif bantuan dari pihak Kerajaan tanpa perlu membuat sebarang permohonan. Bantuan tersebut dikenali sebagai MySalam tahun 2022.

Butiran MySalam 2022

Program Bantuan MySalam adalah satu inisiatif skim bantuan takaful perlindungan kesihatan dari pihak kerajaan. Bantuan ini diberikan secara percuma kepada rakyat yang memerlukan dengan cara menyediakan perlindungan takaful dan lebih mensasarkan kepada golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah melalui dana amanah MySalam tahun ini.

Objektif atau tujuan utama Skim Bantuan MySalam ini diperkenalkan adalah bagi membantu meringankan dan memudahkan golongan sasar (berpendapatan rendah) untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang dan selesa dalam persiapan berhadapan dengan cabaran kewangan dengan penyakit yang dihidapi. Bak kata pepatah “Sediakan payung sebelum hujan”.

Cara Tebus Skim MySalam 2022

Untuk makluman, anda boleh membuat tebus Bantuan MySalam RM 700. Panduan telah disediakan seperti berikut :

  • Sila layari Laman Rasmi MySalam untuk tujuan semakan – DI SINI
  • Sila ikut arahan di laman tersebut
  • Kepada penerima yang layak, anda akan terima pengesahan melalui sisitem SMS
  • Sekiranya anda layak tetapi tidak menerima SMS, anda perlu menghubungi talian hotline khas MySalam di – 1 300 888 983 atau secara melalui e-mel di [email protected]

Nota tambahan ; Kepada penerima bantuan sebelum ini seperti bantuan BPR atau BSH dan BKM secara automatik anda layak. Pihak MySalam akan terus masukan maklumat data anda ke dalam sistem Mysalam 2022.

Syarat Kelayakan Skim MySalam 2022

Berikut telah disediakan maklumat syarat kelayakan yang perlu anda ketahui :

  • Individu atau golongan yang berumur 18 hingga 65 tahun dan mempunyai pasangan
  • Individu atau golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berumur dari 18 sehingga 65 tahun yang berpendapatan RM 24,000 dan ke bawah – Setahun
  • Individu atau golongan yang berumur 40 hingga 65 tahun yang berpendapatan RM 24,000 dan ke bawah – setahun

Faedah / Manfaat Skim MySalam 2022

  • Bagi mereka yang layak bakal menerima bayaran bantuan sebanyak RM 8000 yang akan dilaksanakan dalam masa yang akan diumumkan
  • Bagi mereka yang layak akan menerima bayaran secara harian dalam tempoh 14 hari setahun pada kadar bayaran sebanyak RM 40 sehari bersamaan RM 700 setahun
  • Informasi baru, bermula tahun 2022 skim Mysalam telah diperluaskan kepada para penerima bantuan BKM kerana akan turut layak secara automatik – Tanpa permohonan

Senarai Penyakit yang membolehkan anda tuntuk MySalam RM 700

  • Penyakit Kanser
  • Koma
  • Meningitis Bakteria
  • Pembedahan Otak
  • Alzheimer / Demensia
  • AIDS
  • Stroke
  • Serangan Jantung
  • Jangkitan HIV
  • Angin Ahmar
  • Dan penyakit kritikal yang lain

Informasi Lanjut

Pada tahun ini selain dari skim bantuan Mysalam, terdapat pelbagai lagi jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi mereka yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button