BANTUANGeran PelancaranGPJKM

Bantuan Kewangan RM2700 : Boleh Dimohon Melalui Program GP

Bantuan Kewangan RM2700 kini boleh dimohon melalui program GP atau Geran Pelancaran oleh mereka yang berkelayakan. Inisiatif istimewa GP ini adalah merupakan sebuah bantuan kewangan dibawah Belanjawan 2024.

BANTUAN KEWANGAN RM2700

Pihak kerajaan menerusi agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah insentif berbentuk bantuan kewangan one-off. Melalui program bantuan Geran Pelancaran ini, mereka yang layak akan menerima bantuan sekaligus berjumlah RM2700.

Tujuan utama perlaksanaan program bantuan khas GP ini adalah bagi membantu golongan memerlukan bagi memperoleh modal perniagaan. Dengan adanya skim bantuan seperti ini pihak JKM yakin dapat memberi manfaat kepada rakyat dalam usaha mereka keluar daripada belenggu kemiskinan.

Bantuan khas GP ini ditubuhkan adalah bagi memperkasa ekonomi kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang produktif. Inisiatif ini memberi potensi untuk menjana pendapatan secara individu atau keluarga.

BANTUAN KEWANGAN GP BAKAL DINAIKKAN

Apa yang menarik pada awal tahun ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah bercadang menaikkan kadar jumlah pemberian bantuan GP. Dalam perbincangan cadangan bantuan bakal ditambah daripada RM2700 kepada RM5000.

Menurut Nancy Shukri, cadangan kenaikkan kadar bantuan ini adalah wajar kerana bersesuaian dengan keadaan ekonomi domestik semasa. Perkara ini telah dibawa dalam mesyuarat pengurusan dan perlu kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN

Berikut disediakan syarat kriteria kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi program geran pelancaran :

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Kumpulan sasar JKM
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  • Mana-mana jenis kes berkeperluan layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

CARA MOHON BANTUAN KEWANGAN

Kepada mereka yang berkelayakan, permohonan bantuan kewangan kebajikan Geran Pelancaran ini boleh dikemukakan selagi masih dibuka. Untuk butiran selengkapnya dan permohonan, kalian boleh hadir di cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri / Daerah berhampiran.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan tunai bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk anda mohon –¬†SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button