BANTUANeTunai

Rasmi : Pemberian E-Tunai RM100 Untuk Kumpulan B40 & M40

Rasmi : Pemberian E-Tunai RM100 akan dilakukan khas untuk rakyat Malaysia yang terdiri daripada kumpulan B40 & M40. Inisiatif istimewa ini telah diperkenalkan dan bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

RASMI : PEMBERIAN E-TUNAI RM100

Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah memperkenalkan pemberian e-tunai RM100 pada sidang Majlis peluncuran ekonomi Madani memperkasa rakyat.

Beliau juga telah memaklumkan bahawa pemberian insentif tambahan ini akan memberi manfaat kepada kategori dewasa. Mereka yang berumur 21 tahun keatas dan pendapatan tahunan dibawah RM100,000 layak dapatkan bantuan ini.

Pada pertengahan tahun ini, program bantuan eBelia rahmah telah dilaksanakan bermula Jun sehingga Ogos yang memberikan kadar bantuan RM200. Inisiatif tersebut diberikan secara one-off kepada golongan mahasiswa seluruh negara.

Apa yang menarik adalah, insentif khas e-tunai ini juga akan diberikan kepada kategori dewasa. Kadar yang ditawarkan adalah berjumlah RM100 secara one-off.

TARIKH PEMBERIAN E-TUNAI RM100

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa perlaksanaan program bantuan e-tunai RM100 ini akan mula dilakukan pada suku keempat tahun ini. Ini bermakna bantuan mula diberikan seawal bulan Oktober atau selewatnya Disember.

Segala maklumat terkini berkenaan e-tunai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan masyarakat.

SYARAT KELAYAKAN E-TUNAI RM100

Beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Pendapatan setahun dibawah RM100,000
  3. Terdiri dalam golongan B40 dan M40
  4. Berumur 21 tahun dan keatas

PERBEZAAN BANTUAN E-TUNAI 2023

Pada tahun ini terdapat 2 jenis inisiatif bantuan e-tunai telah diperkenalkan bagi membantu rakyat yang terjejas. Antara perbezaan bagi dua kategori ini adalah seperti di bawah.

Bantuan eBeliaRahmah diberikan kepada mahasiswa dan belia berumur 18 – 20 tahun. Kadar bantuan adalah berjumlah RM200 dan tarikh perlaksanaan ialah Jun hingga Ogos 2023.

Bantuan e-tunai RM100 diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 21 keatas dan pendapatan RM100,000. Kadar batuan adalah sebanyak RM100 dan tarikh perlaksanaan ialah pada suku keempat tahun ini (Oktober, November atau Disember.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk memohon – SEMAK DISINI untuk maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button