BANTUANSTRTarikh Pembayaran

Jadual Bayaran STR Fasa 1 Masuk Mengikut Jenis Bank

Jadual bayaran STR fasa 1 dikreditkan mengikut senarai bank penerima yang terlibat mulai hari ini. Untuk sedia maklum, sumbangan tunai rahmah (STR) ini adalah merupakan inisiatif baru diperkenalkan pada tahun ini dan telah dijenama semula dari bantuan tunai rakyat (BTR).

STR MULA DIKREDITKAN

Perkara ini telah dimaklumkan menerusi kenyataan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim di media sosial. Melalui kenyataan beliau, pembayaran STR fasa 1 akan mula dikreditkan pada 17 Januari 2023 secara berperingkat ke semua akaun bank penerima.

Program bantuan tunai yang lebih fokuskan untuk golongan b40 ini akan membabitkan dana bantuan sebanyak RM1.67 bilion dan akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima yang terdiri dari kumpulan b40 dan miskin.

Bagi penerima kawasan pendalaman termasuk negeri sabah dan sarawak yang tidak mempunyai kad bank turut boleh tuntut bantuan STR fasa 1 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 17 Januari 2023.

KADAR BANTUAN STR FASA 1 MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah jumlah bantuan STR fasa 1 yang akan diterima mengikut ketegori kelayakan seperti dibawah :

  • Kategori isi rumah (keluarga) : RM300
  • Kategori bujang : RM100
  • Kategori warga emas bujang : RM100.

Untuk makluman, pembayaran STR fasa 1 ini diberikan secara sekali bayar sahaja.

JADUAL BAYARAN STR FASA 1

Berikut dikongsikan maklumat berkenaan jadual pembayaran STR fasa 1 mengikut senarai bank. Seperti tahun lalu, bayaran bantuan akan dikreditkan kepada penerima dari bank BSN dan diikuti bank-bank lain sehingga selesai.

  • Bank Simpanan Nasional : Bermula 15/16 Januari 2023
  • Maybank : Bermula 17 Januari 2023
  • Bank Islam : Bermula 16/17 Januari 2023
  • CIMB Bank : Bermula 17 Januari
  • Public Bank : Bermula 17 Januari
  • Bank Rakyat : Bermula 17 Januari
  • Bank-bank lain yang terlibat : Bermula 17 Januari 2023.

Bagi makluman, pembayaran ini dijalankan secara berperingkat. Anda penerima yang telah dapat bayaran dan akan yang dalam proses pengkreditan. Diharapkan penerima yang masih belum dapat agar bersabar kerana pembayaran dilakukan secara peringkat.

SEMAKAN STATUS DAN KEMASKINI MAKLUMAT

Kepada anda yang ingin lihat status pembayaran akaun anda atau kemaskini maklumat jika mempunyai sebarang perubahan. Sila layari portal rasmi STR – DI SINI

Maklumat MySTR adalah berdasarkan MyBKM 2022. Anda hanya perlu isi maklumat yang diperlukan sama seperti tahun lalu dan maklumat status anda akan dipaparkan pada skrin.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Pada tahun 2023, selain daripada bantuan STR ini terdapat pelbagai inisiatif berbentuk bantuan tunai telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan masyarat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button