BANTUANMySalam

MySalam 2022 : Bantuan Kewangan Secara Automatik Sebanyak RM 700

Untuk makluman anda, pihak kerajaan telah melancarkan satu skim bantuan tanpa membuat sebarang permohonan yang berjumlah RM 700. Program Bantuan insentif kewangan ini ialah bantuan MySalam. Bagi yang terlepas pandang, bantuan MySalam ini adalah bantuan sedia ada dan telah dilancarkan pada tahun sebelum ini. Bantuan ini tidak perlu membuat sebarang permohonan kerana anda boleh terima bantuan MySalam ini secara automatik melalui pengkalan data sedia ada.

Bantuan MySalam ini adlah sebuah inisiatif Skim Takaful perlindungan kesihatan dan menyediakan skim perlindungan Takaful kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah melalui Dana Amanah MySalam yang sudah tersedia.

Tujuan utama Skim Bantuan MySalam ini lebih mensasarkan golongan berpendapatan rendah bagi membantu meringankan beban kos sara hidup dengan cabaran kewangan dengan sebarang penyakit yang dihidap pada masa kini.

Syarat Kelayakan 

Di bawah kami telah sediakan senarai syarat kelayakan yang wajib anda ketahui sebelum menebus seperti berikut :

  • Individu yang berumur antara 40  hingga 65 tahun yang mempunyai jumlah pendapatan tahunan sebanyak kurang dari RM 24,000
  • Individu yang berumur antara 18 hingga 65 tahun yang mempunyai pasangan
  • Individu golongan OKU yang berumur antara 18 hingga 65 tahun yang mempunyai pendapatan tahunan sebanyak kurang dari RM 24,000 setahun
Kadar MySalam

Di bawah telah disediakan kepentingan yang akan diterima kepada yang layak mendapatkan bantuan MySalam

  • Kepada yang layak akan menerima bayaran harian bagi tempoh 14 hari dalam setahun dengan kadar bayaran sebanyak RM 40 sehari atau RM 700 setahun
  • Akan menerima bayaran sebanyak RM 8,000 yang akan diagihkan dalam masa yang akan diumumkan kelak

Kemaskini maklumat ini, kepada penerima BKM 2022 secara automatik akan layak menerima bantuan ini bermula pada tahun 2022.

Panduan Cara Tebus MySalam

Di bawah telah disediakan maklumat cara menebus skim bantuan MySalam RM 700

  • Kepada status penerima bantuan sebelum ini iaitu BSH atau BPR akan secara automatik layak menerima bantuan ini dan akan terus dimasukan maklumat ke dalam sistem MySalam
  • Anda bole membuat sebarang semakan pada Portal Rasmi MySalam di – SINI
  • Kepada penerima yang layak akan dimaklumkan pengesahan melalui SMS

Maklumat Lanjut

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih maklumat terperinci berkenaan Bantuan MySalam, anda boleh layari Portal Rasmi MySalam atau menghubungi di talian 1 300 888 938 atau menghantar e-mel ke [email protected].

Untuk makluman anda, pada tahun 2022 terdapat banyak senarai bantuan yang telah dilancarkan. Jika anda terlepas pandang, anda boleh menyemak senarai bantuan yang ada yang anda berkelayakan untuk memohon di Laman utama yang telah disediakan –DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button