BANTUANSTR Tambahan

Bantuan Tambahan : Bayaran RM600 Ditawarkan Untuk Kategori Ini

Bantuan tambahan Sumbangan tunai rahmah (STR) bernilai RM600 ditawarkan kepada kategori isi rumah yang memerlukan pada tahun ini. Untuk sedia maklum, pihak kerajaan telah melancarkan bayaran bantuan STR pada tahun ini yang melibatkan 4 kali pembayaran.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023

Bagi makluman, pembayaran STR fasa pertama (1) telah diagihkan bermula 17 Januari lalu dan memberi manfaat kepada seramai 8.7 juta penerima. Kadar bayaran yang diberikan adalah sebanyak RM100 sehingga RM300 mengikut kategori kelayakan.

Manakala bayaran STR fasa 2 juga telah selesai dibayar iaitu pada 5 April lalu secara berperingkat, kadar bayaran yang diberikan adalah bernilai RM100 – RM200. Kini hanya berbaki 2 sahaja lagi fasa yang akan dilakukan pada bulan Julai dan November bagi fasa 3 dan 4.

Apa yang lebih menarik, pada bulan Februari semasa pembentangan Belanjawan 2023. Pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan inisiatif khas tambahan kepada golongan kategori isi rumah bernilai RM600.

BANTUAN TAMBAHAN STR

Ramai yang kurang faham berkenana bantuan tambahan STR ini, untuk makluman pemberian insentif tambahan ini ditawarkan kepada kategori isi rumah sahaja. Berikut adalah kriteria kelayakan penerima STR tambahan seperti di bawah :

  • Penerima sedia ada STR bagi kategori isi rumah dan tersenarai sebagai miskin tegar di dalam rekod data eKasih
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi PGK miskin tegar iaitu RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan semasa
  • Kadar nilai tambahan bantuan STR ini bernilai RM600
  • Bantuan khas ini diberikan dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas
  • Untuk semakan sekiranya layak atau tidak, sila layari portal rasmi eKasih

SEMAKAN STATUS MYSTR

Kepada penerima sedia ada dan pendaftaran baru STR, kini anda boleh membuat semakan status pembayaran STR masing-masing. Layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan negeri dan persekutuan telah melaksanakan pelbagai inisiatif khususnya berbnetuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai insetif yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button