BANTUANMySalam

Bantuan Kewangan RM 700 Secara Automatik

Bantuan Kewangan RM 700 secara automatik. Untuk sedia maklum bermula tahun ini terdapat sebuah skim bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan tanpa perlu permohonan.

Program skim bantuan ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan yang dikenali sebagai Skim Mysalam. Program bantuan ini merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan secara percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk semua golongan yang berpendapatan rendah melalui dana amanah Mysalam 2022.

Objektif utama program ini adalah bagi tujuan membantu memudahkan urusan kehidupan golongan yang berpendapatan rendah bagi menjalani kehidupan di dalam komuniti masyarakat apabila berhadapan dengan cabaran kewangan dan penyakit yang dihidapi.

KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN RM 700

Di bawah telah disediakan kelayakan bagi bantuan mysalam ini sebelum anda membuat penebusan.

  • Terbuka kepada individu yang berumur 40 hingga 65 tahun dan mempunyai pendapatan RM 24,000 kebawah setahun
  • Terbuka kepada individu yang berumur 18 hingga 65 tahun dan pasangan
  • Terbuka kepada golongan kelainan upaya (OKU) yang berumur 18 tahun keatas yang mempunyai pendapatan RM 24,000 kebawah setahun.

MANFAAT BANTUAN KEWANGAN RM 700

  • Terima insentif bayaran secara harian pada kadar RM 40 sehari bagi tempoh 14 hari atau bersamaan RM 700 setahun
  • Bakal terima bayaran sebanyak RM 8,000 yang akan disalurkan pada masa yang akan diumumkan kelak
  • Kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini berita baik, kerajaan telah umumkan skim bantuan mysalam diperluaskan bagi penerima BKM tahun ini boleh menebus secara automatik.

CARA TEBUS BANTUAN

  1. Langkah pertama, semakan boleh dilakukan secara online melalui portal rasmi Mysalam – DI SINI
  2. Kepada penerima yang layak, akan dimaklumkan menerusi sistem pesanan SMS
  3. Sekiranya anda layak tetapi tidak menerima apa-apa SMS, anda boleh menghubungi talian khas Mysalam di – 1 300 888 938 atau e-mel ke alamat [email protected].

Untuk makluman, penerima BSH, BPR dan BKM akan secara automatik layak dan data terus dimasukkan ke dalam sistem Mysalam 2022.

SEMAK SENARAI PENYAKIT YANG MEMBOLEHKAN TEBUS BANTUAN KEWANGAN RM 700

Di bawah telah disediakan senarai penyakit yang membolehkan individu atau ahli keluarga untuk menebus bantuan kewangan RM 700 seperti berikut :

  • Kanser
  • Pembedahan otak
  • Meningitis Bakteria
  • Koma
  • AIDS (gejala sepenuhnya)
  • Demensia
  • Alzheimer
  • Serangan jantung
  • HIV
  • Angin Ahmar
  • Lumpuh
  • Senarai penyakit lain boleh rujuk – KLIK DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Untuk semakan senarai bantuan kewangan yang ada pada tahun ini, sila ke laman utama – DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button