BANTUANMobilepreneurTEKUN

Bantuan Beli Motorsikal Sehingga RM10,000

Bantuan beli motorsikal berjumlah sehingga RM10,000 telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui agensi TEKUN untuk mereka yang berkelayakan. Untuk makluman, pada tahun ini pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.

BANTUAN BELI MOTORSIKAL

Salah satu inisiatif yang tersedia dan masih boleh dimohon adalah skim pembiayaan mobilepreneur 4.0. Bantuan ini adalah merupakan bentuk pembiayaan modal kepada rakyat yang merupakan usahawan perkhidmatan penghantaran yang menggunakan kenderaan jenis motorsikal.

Skim pembiayaan khas ini telah diperkenalkan sejak April 2020 dan telah dilancarkan sehingga edisi ke 4 kepada mereka yang berkelayakan.

KELAYAKAN PEMBIAYAAN

Berikut telah disediakan syarat kelayakan bagi permohonan bantuan skim pembiayaan mobilepreneur 4.0 TEKUN seperti dibawah :

  • Pemohon merupakan Warganegara Malaysia (Bumiputera / india)
  • Individu yang bukan berstatus muflis
  • Individu berumur 18 hingga 60 tahun
  • Tempoh pembiayaan tamat maksimum sehinga 65 tahun
  • Memiliki lesen memandu yang sah (B1 / B2)
  • Kemukakan dokumen asal sebut harga pembelian motor daripada pembekal yang daftar (sah) bagi kategori membeli motorsikal
  • Memiliki motorsikal sendiri yang sah berdaftar bagi permohonan baik puli motor dan modal pusing
  • Terlibat secara penuh atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan
  • Mempunyai perlantikan yang sah sebagai e-hailing berdaftar
  • Pemohon wajib mematuhi garis panduan serta terma dan syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT).

KATEGORI PEMBIAYAAN

Berikut adalah kategori skim pembiayaan RM1,000 sehingga RM10,000 yang telah ditetapkan seperti dibawah :

  • Baik pulih motorsikal
  • Pembelian Motorsikal
  • Modal pusing.

TEMPOH BAYARAN PEMBIAYAAN

Untuk makluman, tempoh bayaran balik pembiayaan yang telah ditetapkan pihak TEKUN adalah selama 1 hingga 3 tahun mengikut pilihan kelayakan permohonan. Kadar keuntungan setiap penerima yang layak akan dikenakan sebanyak 4 peratus bagi tempoh setahun.

PANDUAN MOHON

Kepada mereka yang menepati syarat kelayakan, permohonan boleh dilakukan. Sila layari pautan rasmi TEKUN Mobilepreneur 4.0 – DI SINI

Panduan permohonan telah disediakan di laman diatas, pemohon perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan untuk memudahkan proses semakan permohonan dijalankan.

Nota : Tiada ejen yang dilantik untuk skim pembiayaan ini, pemohon perlu membuat permohonan secara terus melalui pejabat TEKUN.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan beli motorsikal ini, terdapat lebih banyak inisiatif yang telah disediakan oleh kerajaan pada tahun ini. Sekiranya anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button