BANTUANBMT

Bantuan Tunai BMT RM800 Dibayar Melalui 4 Fasa

Bantuan tunai BMT Berjumlah RM800 akan dibayar melalui 4 fasa kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan menerima pada tahun ini. Untuk makluman, pada tahun ini pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan bagi membantu rakyat yang memerlukan.

BANTUAN TUNAI BMT

Salah satu inisiatif bantuan yang telah dilancarkan oleh pihak kerajaan adalah Bantuan Musim Tengkujuh atau lebih dikenali sebagai BMT. Pemberian bantuan ini diagihkan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Melalui sidang Belanjawan 2023, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar bayaran bantuan khas BMT ini daripada sebelum ini RM600 kepada RM800. Pembayaran bantuan ini akan dibayar secara berperingkat melalui 4 fasa pada tahun ini.

Pemberian bantuan khas ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM256 juta dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 320,000 penerima yang berkelayakan. Bantuan ini dikendalikan oleh pihak berkuasa kemajuan pekebun kecil perusahaan getah (RISDA) serta lembaga kemajuan tanah persekutuan (FELDA) pada tahun ini.

KADAR BAYARAN BMT

Pemberian bantuan tunai BMT ini adalah berjumlah RM800 dan akan diberikan secara empat (4) fasa. Setiap fasa akan dikreditkan kepada penerima dengan jumlah bayaran RM200 selama 4 bulan sehingga mencapai jumlah keseluruhan sebanyak RM800.

JADUAL BAYARAN BMT

Menerusi maklumat ringkas dalam Belanjawan 2023, Menteri kewangan memaklumkan bahawa pembayaran bantuan musim tengkujuh (BMT). Pembayaran akan diagihkan secara (4) empat fasa selama tempoh 4 bulan dengan jumlah bantuan sebanyak RM800.

Jadual bayaran BMT diberikan bermula pada bulan November (fasa 1), Disember (fasa 2), Januari (fasa 3) dan Februari (fasa 4). Setiap fasa akan dibayar pada kadar RM200 seorang selama 4 fasa dan penerima bantuan khas BMT ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang merupakan pekebun kecil bagi meringankan beban mereka.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan BMT ini, terdapat lebih banyak inisiatif telah dilancarkan pada bulan April ini bagi membantu meringankan persiapan bagi menyambut raya aidilfitri. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada bulan ini dan layak untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button