BANTUANBKMFasa 2Tarikh Pembayaran

Tarikh, Kategori Dan Jumlah Bayaran BKM Fasa 2

Untuk makluman umum, Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM telah diperkenalkan oleh Kerajaan merupakan inisiatif bantuan berbentuk tunai diberikan kepada Keluarga Malaysia yang memerlukan.

Bagi pembayaran BKM Fasa 1 telahpun dilaksanakan bermula 28 Mac 2022 yang lalu dan telah pun selesai diagihkan. Jumlah keseluruhan pembayaran BKM 2022 akan melalui 4 Fasa dalam tahun ini.

Di halaman berikut telah disediakan maklumat berkenaan BKM Fasa 2 yang akan mula diagihkan tidak lama lagi.

Kategori Penerima BKM Fasa 2

Untuk pengetahuan semua, semua kategori akan menerima pembayaran BKM Fasa 2 kecuali bagi kategori Bujang kerana kategori tersebut akan menerima bayaran pada Fasa 1 RM 200 dan Fasa 3 RM 150.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 2

Untuk makluman, pembayaran bagi Bantuan kewangan BKM Fasa 2 akan bermula pada bulan Jun 2022.

Kadar Bayaran BKM Fasa 2

Pembayaran BKM Fasa 2 akan diberikan kepada semua kategori kecuali bujang. Jumlah bayaran akan diterima dari RM 100 sehingga RM 400. Kadar bayaran BKM Fasa 2 bergantung kepada jumlah bilangan tanggungan anak isi rumah dan warga emas.

Anda boleh membuat semakan status permohonan BKM anda di Portal Rasmi BKM – DI SINI

Bayaran Tambahan BKM

Untuk penambahan maklumat, BKM akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima yang layak seperti berikut :

  • Bayaran tambahan RM 300 kepada penerima kategori isi rumah yang berstatus Warga emas yang mempunyai tanggungan anak menepati syarat
  • Bayaran tambahan RM 500 kepada penerima kategori isi rumah yang berstatus ibu bapa tunggal yang mempunyai anak dan menepati syarat.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan BKM atau inisiatif lain yang ada dalam Bajet 2022, sila kunjungi Laman Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 selain dari skim bantuan BKM ini, terdapat lebih pelbagai jenis bantuan telah dilancarkan oleh pihak Kerajaan khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button