BANTUANePemulaeWallet

Bantuan Khas Ewallet RM200 Untuk Rakyat Malaysia Tahun 2023

Bantuan khas ewallet adalah inisiatif yang disedikan oleh pihak kerajaan setiap tahun bagi membantu mereka yang memerlukan. Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan insentif khas ini pada tahun 2023 dan kadar juga telah dinaikkan kepada RM200 berbanding RM150 pada tahun lalu.

Pada tahun ini terdapat pelbagai inisiatif yang baru diperkenalkan oleh kerajaan dan tidak ketinggalan bantuan sedia ada sebelum ini diteruskan pada tahun 2023 seperti bantuan ewallet.

BANTUAN EWALLET 2023

Untuk makluman program bantuan ewallet ini telah lama diperkenalkan dan masih relevan diteruskan sehingga sekarang. Ini adalah salah satu tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat Malaysia.

Kerajaan juga telah umumkan bahawa pakej remaja keluarga Malaysia akan diteruskan, program ini dapat membantu kumpulan belia untuk mendapatkan pakej prabayar. Tawaran langganan pelan data internet dengan hanya berjumlah RM30 untuk tempoh masa 3 bulan.

Selain daripada bantuan ewallet ini, terdapat banyak lagi inisiatif berbentuk kewangan yang akan dilaksanakan pada tahun ini seperti bantuan tunai rakyat, bantuan kewangan khas dan pelbagai lagi. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini. Sila ke laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

KADAR BANTUAN EWALLET 2023

Untuk makluman, program bantuan ePemula yang dilaksanakan di bawah Bajet 2023 ini akan dilancarkan pada tahun ini. Tambahan, bayaran bantuan akan ditambah dari sebelum ini sebanyak RM150 dan ditambah baik RM200 untuk tahun ini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperi dibawah :

  • Insentif bantuan ini terbuka kepada kumpulan belia yang berumur 18 hingga 20 tahun
  • Individu / pelajar yang menuntut ilmu di Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
  • Individu / pelajar yang menuntut ilmu di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

PANDUAN TEBUS BANTUAN EWALLET 2023

Untuk makluman jika anda menepati syarat, bantuan epemula ini boleh ditebus melalui aplikasi perkhidmatan seperti berikut :

  • Grab Pay
  • Big Pay
  • Shopee Pay
  • Touch N Go eWallet.

Nota : Program bantuan khas ini dibenarkan bagi penerima sebanyak 1 kali sahaja. Bagi golongan Belia jangan terlepas pandang berkenaan insentif ini dan boleh mendapatkan manfaat bantuan khas ini. Segala maklumat berkenaan cara tebus bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

INFO LANJUT

Selain daripada bantuan ewallet ini, terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah dilaksanakan pada tahun ini. Sila layari laman rasmi Bajet 2023 – DI SINI untuk semakan lebih terperinci.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button