BANTUANBINGKASeWallet

Bantuan EWallet Kehidupan Sejahtera RM300 : Semak Kelayakan

Bantuan Ewallet Kehidupan Sejahtera atau lebih dikenali sebagai BINGKAS adalah merupakan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan pada tahun ini. Untuk makluman, program bantuan khas ini ditawarkan kepada golongan isi rumah yang berkelayakan memerlukan.

BANTUAN EWALLET KEHIDUPAN SEJAHTERA

Program bantuan ewallet kehidupan sejahtera (BINGKAS) ini dibuka sepanjang tahun ini kepada golongan yang memerlukan. Bantuan khas ini adalah merupakan penambah baikan dari program sebelum ini yang dikenali sebagai Program kasih ibu smart Selangor (KISS) dan (KISS IT).

Perlaksanaan insentif khas ini adalah sebagai pengiktirafan kepada ketua keluarga yang telah mengambil peranan penting dalam hal ehwal keluarga. Dengan adanya insentif ini dapat membantu keluarga yang kurang bernasib baik untuk mendidik dan membesarkan anak sewaktu menghadapi masalah kewangan.

Pihak kerajaan negeri menyasarkan lebih kurang 30 ribu isi rumah (keluarga) yang berkelayakan untuk menerima bantuan sebanyak RM300 sebulan pada tahun ini.

SYARAT KELAYAKAN INSENTIF

Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan ewallet kehidupan sejahtera BINGKAS seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Isi rumah (Keluarga) yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Kelahiran negeri Selangor atau telah menetap melebihi dari 10 tahun di Selangor
  • Merupakan pemilih berdaftar di Selangor

FAEDAH & MANFAAT INSENTIF

Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima faedah dan manfaat dari bantuan khas ini seperti di bawah :

  • Pemberian bantuan akan dikreditkan secara automatik setiap bulan berjumlah RM300
  • Bantuan ewallet ini boleh digunakan untuk pembelian barang keperluan harian
  • Setiap baki pembelian tidak akan dibawa kebulan seterusnya
  • Setiap keluarga dapat menambahbaik sistem pendidikan anak dengan melengkapi dan mencukupi

DAFTAR PERMOHONAN

Kepada mereka yang menepati syarat kelayakan, permohonan boleh dilakukan secara online. Panduan lengkap daftar permohonan bantuan ewallet kehidupan sejahtera BINGKAS telah disediakan, sila layari laman web rasmi BINGKAS – DI SINI

Info : Program bantuan khas ini diutamakan kepada rakyat negeri Selangor, golongan yang terjejas dan memerlukan disarankan untuk daftar permohonan bantuan ini.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan negeri dan persekutuan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat pada tahun ini. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button