BANTUANFASA 3MySTRMySTR 2024

MySTR : Pembayaran Bantuan Tunai Fasa Berikutnya Bulan Ogos

MySTR : Pembayaran Bantuan Tunai fasa berikutnya akan mula disalurkan pada bulan Ogos nanti secara berperingkat kepada penerima. Untuk makluman, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan STR ini merupakan sebahagian insentif di bawah Belanjawan 2024.

MYSTR : PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI 2024

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah bagi sesi 2024. Apa yang lebih menarik adalah kadar jumlah bayaran bantuan tunai STR pada tahun ini telah dinaikkan kepada RM3,700 berbanding RM3,100 pada tahun lalu.

Buat masa ini, pembayaran bagi fasa pertama dan kedua telahpun selesai dibayar pada bulan Januari dan April 2024. Kini hanya berbaki fasa ketiga dan keempat yang dijadualkan pada bulan Ogos dan November tahun ini.

Seperti sedia maklum, pemberian insentif MySTR ini disalurkan secara pengkreditan ke dalam akaun bank dan tebus tunai di kaunter BSN bagi penerima tiada kad bank. Kategori yang terlibat adalah daripada belia bujang, warga emas dan isi rumah.

KADAR JUMLAH PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI MYSTR

Kerajaan telah menetapkan jumlah keseluruhan bantuan tunai STR yang akan diterima bagi tahun 2024 mengikut kategori seperti di bawah.

KATEGORI ISI RUMAH – PENDAPATAN RM2,500

  • Tiada anak (0) : RM1,000
  • Bilangan anak (1-2) : RM1,500
  • Bilangan anak (3-4) : RM2,000
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM2,500

ISI RUMAH – PENDAPATAN RM5,000

  • Tiada anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM750
  • Bilangan anak (3-4) : RM1,000
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM1,250

KATEGORI BUJANG DAN WARGA EMAS

  • Belia bujang berumur 21 tahun – 59 tahun : RM350
  • Warga emas tiada pasangan : RM600

Nota : Diatas adalah jumlah keseluruhan yang akan dibayar  kepada penerima STR bagi tahun 2024. Penerima boleh buat kiraan baki bantuan yang akan dibayar pada fasa 3 dan fasa 4, mengikut kadar yang telah diterima pada fasa 1 dan fasa 2.

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN MYSTR 2024

Untuk penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini, kalian boleh membuat pengemaskinian maklumat dan semakan status bayaran. Untuk semakan dan kemaskini, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

INFO LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button