Baiki RumahBANTUAN

Kemudahan : Permohonan Bantuan Khas Baik Pulih Rumah Mengikut Negeri

Tahukah anda terdapat sebuat kemudahan bantuan baiki (Baik pulih) pada tahun 2022. Tujuan bantuan ini diwujudkan bagi membantu individu atau golongan miskin dengan menyediakan kemudahan asas serta kediaman yang aman dan selesa bagi mereka yang memerlukan bantuan ini.

Golongan Diutamakan 

  • Ibu bapa tunggal (IBT) yang mempunyai tanggungan
  • Golongan Warga emas / orang tua
  • Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • Mangsa bencana alam berskala kecil

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat kelayakan bagi bantuan PPRT adalah seperti berikut :

  • Telah disahkan sebagai golongan miskin atau miskini tegar yang berdaftar dalam data bank Kemiskinan Nasional (eKasih 2022)
  • Diperaku oleh agensi agensi dari pihak kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan
  • Disahkan layakoleh pihak Mesyuarat fokus group pembasmian kemiskinan peringkat daerah atau negeri atau jawatan kuasa yang setara dengannya
  • Disahkan dan diperaku oleh jawatankuasa di peringkat kementerian

Syarat kelayakan bagi baik pulih (Baiki) rumah seperti berikut :

  • Ketua isi rumah (KIR) miskin dan miskin tegar ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)

Permohonan Bantuan Baik Pulih Rumah

Sekiranya anda ingin membuat permohonan baik pulih rumah, dibawah telah disediakan laman rasmi permohonan mengikut senarai negeri seperti berikut :

Untuk makluman, program bantuan baikpulih atau baiki rumah ini telah lama diperkenalkan. Ramai yang sudah menerima bantuan ini dan masih diteruskan bagi memberi kemudahan bantuan kepada yang memerlukan. Sekiranya anda mempunyai masalah rumah dan ingin membaiki, disarankan anda membuat permohonan bantuan ini. Jika layak anda kan menerima bantuan dalam bentuk baik pulih rumah tanpa sebarang kos.

Maklumat Lanjut

Selain daripada program bantuan baik pulih rumah ini, terdapat pelbagai jenis inisiatif telah disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini bagi rakyat Malaysia yang memerlukan. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin menyemak senarai program bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan membolehkan anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan di – TEKAN DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button