BANTUANTEDUH

Bantuan Bina Rumah Sendiri Untuk Golongan B40 ~ Semak Sekarang

Tahukah anda, pihak kerajaan telah menyediakan sebuah skim pinjaman perumahan atau dikenali sbagai SPP bagi golongan yang berpendapatan rendah dan B40.

Skim bantuan pinjaman ini adalah bertujuan untuk membantu golongan kurang bernasib baik untuk memiliki rumah sendiri pada tahun ini dengan harga mampu milik. Di sini telah disediakan maklumat berkenaan bantuan pinjaman sehingga RM 60,000 untuk memiliki rumah atas tanah snediri.

SYARAT PINJAMAN

  • Bagi tempoh maksimum untuk membuat bayaran balik pinjaman 35 tahun atau sehingga umur mencapai 70 tahun
  • Individu perlu mengambil perlindungan insuran yang telah disediakan oleh panel insuran  dari Jabatan Perumahan Negara keatas rumah yang dibina
  • Caj perkhidmatan sebanyak 2 peratus dikenakan keatas pinjaman
  • Had pinjaman maksimum sehingga RM 60,000 dan tidak termasuk perlindungan insuran rumah.

SYARAT KELAYAKAN SPP

  • Pemohon dan pasangan merupakan Warganegara Malaysia
  • Pendapatan kasar isi rumah bulanan bawah RM 3,000
  • Bukan pesara atau kakitangan kerajaan
  • Memiliki tanah sendiri atau tanah ahli keluarga
  • Individu yang belum pernah memiliki rumah
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan bulanan
  • Berumur 21 tahun ke atas.

PERMOHONAN

Jika anda berminat dan ingin mencuba nasib, permohonan boleh dibuat secara muat turun borang. Sila layari Portal Rasmi SPP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2022, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan bagi membantu mereka yang memerlukan terutama golongan B40. Jika anda terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button