BANTUANMySalam

Bantuan RM700 Automatik Untuk Golongan B40

Bantuan RM700 automatik adalah merupakan sebuah insiatif berbentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk golongan b40 yang memerlukan. Untuk makluman, Program bantuan skim perlindungan masyarakat atau lebih dikenali sebagai Mysalam.

BANTUAN RM700 AUTOMATIK UNTUK B40

Skim mysalam ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum ini di mana diberikan kepada golongan b40 yang memerlukan. Inisiatif ini telah diperluaskan pada tahun 2022 kepada penerima BKM.

Tujuan utama skim bantuan khas ini bagi menyediakan perlindungan kesihatan takaful secara percuma kepada 6.8 juta rakyat Malaysia terutama kumpulan b40. Di dibawah disediakan maklumat ringkas berkenaan bantuan Mysalam.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Berikut disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuan RM700 automatik mysalam seperti dibawah :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Individu berumur 18 tahun sehingga 65 tahun
  • Bantuan telah diperluaskan untuk penerima BKM 2022 secara automatik.

KADAR JUMLAH BANTUAN

Melalui skim bantuan khas ini, manfaat yang akan diterima adalah pendapatan elaun gantian hospitalisasi. Kadar bantuan adalah sebanyak RM50 sehari dalam tempoh 2 minggu bersamaan sebanyak RM700 setahun. Untuk semak senarai 45 penyakit kritikal yang membolehkan tuntutan bantuan, sila lihat – DI SINI

PANDUAN CARA TUNTUTAN

Kepada yang menepati syarat kelayakan, tuntutan bantuan mysalam automatik boleh dibuat. Panduan disediakan seperti berikut :

  • Langkah pertama, sila layari portal rasmi Mysalam – KLIK DISINI
  • Kemudian log masuk dengan menggunakan maklumat peribadi iaitu nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda tetapkan
  • Seterusnya tekan butang ‘tuntutan’ dan ‘tuntutan hospitalisasi’
  • Anda perlu isi maklumat yang diperlukan secara lengkap bagi memudahkan proses semakan dilakukan
  • Akhir sekali tekan butang ‘hantar’ dan selesai.

INFORMASI LANJUT

Selain daripada inisiatif skim mysalam ini, terdapat pelbagai jenis bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini terutama bantuan berbentuk tunai. Perkara ini bagi membantu meringankan beban keluarga Malaysia yang terjejas dan kurang berbasib baik dalam kewangan.

Sekiranya anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda dapatkan di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button