BANTUANePemulaeWallet

Bantuan eWallet Percuma RM100 – RM200 Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan ewallet adalah merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun ini. Lebih menggembirakan pada sidang pembentangan Bajet 2023, pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan program bantuan epemula untuk tahun hadapan khusus untuk rakyat Malaysia belia B40.

BANTUAN EWALLET DITERUSKAN

Untuk sedia maklum, atas dasar keprihatinan pihak kerajaan kepada golongan memerlukan terutama belia. Program bantuan khas ini akan diteruskan pada tahun 2023 untuk rakyat Malaysia b40.

Bagi yang terlepas pandang, bantuan ini pada tahun 2022 telah disediakan dengan jumlah sebanyak RM150 kepada setiap penerima. Namun atas dasar keprihatinan kerajaan telah menambah jumlah bantuan kepada RM200 pada tahun hadapan.

Tambahan, perlaksanaan bantuan eDompet ini akan diperluaskan kepada golongan belia dari kumpulan M40. Lebih ramai yang akan menerima manfaat bantuan ini. Kumpulan belia B40 akan menerima RM200 dan M40 akan menerima RM100 untuk setiap individu.

TUJUAN BANTUAN

Program ini masih diteruskan adalah bertujuan membiasakan diri memupuk budaya pembayaran tanpa tunai. Inisiatif bantuan ini secara tidak langsung akan memberikan manfaat kepada kira-kira 2 juta belia M40 dan B40 pada tahun hadapan.

Untuk sedia maklum, pada tahun ini terdapat pelbagai jenis bantuan berbentuk kewangan selain daripada bantuan ewallet ini. Sekiranya anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama yang telah disediakan – SEMAK SINI

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Berikut telah disediakan syarat-syarat kelayakan bantuan epemula yang telah ditetapkan seperti dibawah :

KUMPULAN BELIA B40

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon merupakan individu beli berumur 18 – 20 tahun
  • Pemohon merupakan pelajar sepenuh masa bagi berumur 21 tahun keatas

KUMPULAN BELIA M40

  • Warganegara Malaysia
  • Kumpulan M40 yang mempunyai pendapatan tahunan RM100,000 kebawah

Nota : Kadar baru bantuan ini pada tahun hadapan adalah sebanyak RM100 untuk M40 dan RM200 untuk B40.

INFO LANJUT

Untuk sedia maklum, ramai individu yang telah berjaya menebus bantuan epemula pada tahun ini pada kadar bantuan RM150. Dengan adanya kenaikkan jumlah bantuan dan diperluaskan kepada belia M40, dijangkakan akan lebih ramai rakyat Malaysia yang akan mendapat manfaat dari program bantuan ini.

Segala maklumat terkini berkenaan bantuan ewallet ini akan dikemaskini dari semasa kesemasa. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang pada tahun hadapan, sila layari laman khas – Bajet 2023 untuk semakan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button