BANTUANFASA 3STR

Bantuan Tunai STR : Penerima Sudah Boleh Semak Status Bayaran Fasa 3

Bantuan Tunai STR adalah merupakan sebuah program inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah diperkenalkan pada bajet Belanjawan 2023. Kini proses pembayaran sedang dikreditkan yang telah memasuki fasa ketiga.

BANTUAN TUNAI STR FASA 3

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa bayaran bagi bantuan tunai STR (Sumbangan Tunai Rahmah) fasa 3 akan dibayar secara pengkreditan dan tebus tunai di kaunter BSN.

Mereka yang merupakan penerima sedia ada dan pendaftaran baru berstatus ‘layak’, kadar yang akan diberikan adalah dari RM150 sehingga RM900. Jumlah yang akan diterima adalah bergantung kepada kategori kelayakan.

TARIKH RASMI PEMBAYARAN

Untuk pengetahuan umum, Menteri Kewangan telah memaklumkan bahawa tarikh rasmi bayaran bantuan tunai STR fasa ketiga akan mula dibayar pada 26 Jun (Isnin). Kepada mereka yang merupakan penerima bagi kategori isi rumah, bujang dan warga emas akan menerima insentif ini sebelum raya haji.

KADAR JUMLAH BAYARAN FASA 3

Apa yang menggembirakan adalah kadar bayaran fasa 3 STR adalah jauh lebih tinggi berbanding fasa pertama dan fasa kedua. Berikut adalah jumlah bayaran STR fasa 3 sepatutnya yang akan dikreditkan mengikut kategori kelayakan seperti di bawah :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500)

  • Mempunyai anak (5 dan lebih) : RM800
  • Mempunyai anak (3-4 orang) : RM600
  • Mempunyai anak (1-2 orang) : RM400
  • Tidak mempunyai anak : RM300

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000)

  • Mempunyai anak (5 dan lebih) : RM250
  • Mempunyai anak (3-4 orang) : RM200
  • Mempunyai anak (1-2 orang) : RM150
  • Tidak mempunyai anak : RM 0 (Tiada bayaran)

WARGA EMAS (SEBATANG KARA/ 60 TAHUN KEATAS)

  • RM200 seorang

BUJANG (21 SEHINGGA 59 TAHUN)

  • RM150 seorang

Info : Untuk penerima kategori bujang, bayaran bantuan tunai fasa 3 ini adalah insentif terakhir diterima, fasa 4 tiada bayaran bagi kategori bujang.

SEMAK STATUS BAYARAN SEKARANG

Bagi penerima tiada kad bank, anda boleh tebus secara tunai di cawangan BSN berhampiran. Bagi penerima mempunyai akaun bank, anda boleh membuat semakan status pembayaran secara online, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

Kepada mereka yang telah daftar baru pada bulan Mac yang berstatus tidak lulus, jangan risau kerana sepanjang bulan Julai permohonan rayuan STR dibuka.

MAKLUMAT LANJUT

Selain bantuan tunai STR, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan pada tahun ini kepada rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK SINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button