BANTUANe-DompetEBELIARAHMAHeTunaieWallet

Hari Terakhir Kredit E-Dompet RM200 Boleh Dibelanjakan

Hari ini adalah hari terakhir kredit e-dompet RM200 yang diberikan secara percuma oleh kerajaan yang boleh dibelanjakan. Bagi pengetahuan umum, tarikh akhir bagi bantuan e-tunai khas ini adalah pada 31 Ogos 2023.

BANTUAN KREDIT E-DOMPET RM200

Seperti sedia maklum, pada sidang Belanjawan 2023 kerajaan perpaduan telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai eBelia Rahmah. Perlaksanaan pemberian istimewa ini ditawarkan dalam bentuk bantuan e-dompet bernilai RM200.

Apa yang menarik adalah insentif ini telah dinaikkan sebanyak RM200 berbanding RM150 pada tahun lalu. Dengan adanya pemberian khas ini dapat meringankan beban rakyat dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai khususnya untuk golongan belia.

Kepada mereka yang masih belum menggunakan atau membelanjakan bantuan ebelia rahmah percuma RM200 ini. Sila belanjakan kerana hari ini adalah hari terakhir kredit e-dompet ini boleh digunakan.

KRITERIA KELAYAKAN KREDIT E-DOMPET

Berikut adalah kriteria kelayakan yang telah ditetapkan bagi program pemberian bantuan ebelia rahmah 2023 seperti disediakan di bawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Golongan belia
  • Berumur 18 hingga 20 tahun
  • Kumpulan mahasiswa berstatus pelajar sepenuh masa tanpa mengira had umur

TARIKH HARI TERAKHIR KREDIT E-DOMPET BOLEH DIGUNAKAN

Kepada mereka yang telah berjaya tebus bantuan khas etunai belia rahmah ini, mereka perlu membelanjakan amaun RM200 tersebut sebelum tarikh luput pada :

  • 31 Ogos 2023

Nota : Selepas daripada tarikh ini, sebarang pembelanjaan menggunakan amaun bantuan ebelia rahmah sudah tidak boleh dilakukan. Jadi pastikan setiap penerima dapat menggunakan manfaat yang diberikan dengan sebaiknya.

PANDUAN TERAKHIR KREDIT E-DOMPET

Kerajaan telah membuka sebuah portal berkenaan semakan, cara tebus dan maklumat terperinci berkenaan bantuan e-dompet RM200 ini. Kepada ingin semak, sila layari laman rasmi eBelia Rahmah – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pelbagai kemudahan dan lebih banyak inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah diperkenalkan kerajaan pada tahun ini. Perkara ini adalah atas dasar keprihatinan kerajaan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas.

Kepada yang terlepas pandang, anda boleh membuat semakan senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon. Sila ke laman utama, untuk lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini –SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button