BANTUANFasa 4MySTR

MySTR : Bayaran Bantuan Tunai RM900 Akan Dibayar Untuk B40

Pemberian MySTR : Bayaran Bantuan Tunai RM900 akan dibayar untuk kategori B40 pada fasa keempat nanti. Bagi pengetahuan umum, inisiatif berbentuk bantuan kewangan ini dilaksanakan pada tahun 2023.

MYSTR : BAYARAN BANTUAN TUNAI

Seperti sedia maklum pada sidang Belanjawan 2023, Menteri Kewangan dan selaku Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan inisiatif STR. Pemberian Sumbangan Tunai Rahmah ini dilakukan adalah bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia.

Apa yang menarik adalah pembayaran STR 2023 diagihkan secara berperingkat melalui 4 fasa bayaran. Kategori penerima yang terlibat adalah warga emas, berkeluargan (Isi Rumah) dan bujang.

Kadar yang ditawarkan adalah berjumlah sehingga RM2,500 tidak termasuk bantuan tambahan SARA bernilai RM600. Jumlah keseluruhan bantuan STR adalah bergantung kategori kelayakan dan bilangan tanggungan anak.

JADUAL RASMI BAYARAN BANTUAN TUNAI MYSTR 2023

Berikut adalah jadual lengkap pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun ini yang telah dimaklumkan seperti di bawah :

  • MySTR fasa 1 : Dibayar pada bulan Januari 2023
  • MySTR fasa 2 : Dibayar pada bulan April 2023
  • MySTR fasa 3 : Dibayar pada bulan Jun 2023
  • MySTR fasa 4 : Akan dibayar pada bulan November 2023

Info : Maklumat terkini, bayaran fasa pertama sehingga fasa ketiga telahpun selesai diberikan. Kini hanya berbaki fasa 4 sahaja, dan dijadualkan akan mula diagihkan pada bulan November nanti.

BAYARAN MYSTR MENGIKUT KATEGORI (FASA 4)

Untuk sedia maklum, berikut adalah kadar bayaran yang akan diterima pada pembayaran fasa 4 STR mengikut kategori masing-masing seperti di bawah :

KATEGORI WARGA EMAS (UMUR 60 TAHUN KE ATAS)

  • RM200 seorang

KATEGORI ISI RUMAH (KELUARGA B40) PENDAPATAN RM2,500

  • Mempunyai (0) anak : RM200
  • Mempunyai (1-2) anak : RM600
  • Mempunyai (3-4) anak : RM900
  • Mempunyai (5 dan lebih) anak : RM1,200

ISI RUMAH (KELUARGA M40) PENDAPATAN RM5,000

  • Mempunyai (0) anak : Tiada bayaran
  • Mempunyai (1-2) anak : Tiada bayaran
  • Mempunyai (3-4) anak : RM300
  • Mempunyai (5 dan lebih) anak : RM500

Nota : Buat penerima sedia ada STR bagi kategori bujang yang telah terima bayaran sehingga Fasa 3. Kalian tidak akan menerima sebarang bayaran pada fasa 4 nanti.

Kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini, anda boleh membuat semakan status bayaran mengikut fasa secara online. Sila layari laman web rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain MySTR, terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan kerajaan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat. Sila semak senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk memohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button