BANTUANFasa 2STR

Semakan STR Fasa 2 : Kategori Penerima

Semakan STR Fasa 2 bagi penerima yang layak untuk mendapatkan bayaran insentif fasa berikutnya pada tahun 2023. Untuk makluman, pemberian sumbangan tunai rahmah (STR) adalah merupakan inisiatif baru diperkenalkan pada tahun ini.

STR SECARA BERPERINGKAT

Seperti bantuan tahun sebelum ini iaitu BKM, insentif pemberian STR juga akan diagihkan secara berperingkat pada tahun 2023. Lebih menggembirakan pembayaran STR fasa 1 telah diawalkan pada tahun ini.

Bayaran STR fasa 1 mula disalurkan bermula 17 Januari 2023 secara berperingkat. Kaedah pembayaran adalah secara tebus tunai di cawangan BSN seluruh negara dan kredit terus ke dalam akaun bagi penerima mempunyai kad bank.

Kadar bantuan fasa 1 diberikan mengikut kategori kelayakan iaitu bujang RM100, warga emas RM100 dan Isi rumah RM300. Mengikut sumber informasi pembayaran STR fasa 1 telah selesai diberikan. Kini ramai yang sedang menunggu pembayaran fasa berikutnya.

STR FASA 2

Untuk makluman, tarikh bayaran STR fasa 2 masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan setakat sehingga hari ini. Akan tetapi dijangka bayaran akan diberikan selewatnya sebelum pertengahan tahun ini atau sebelum musim perayaan aidilfitri april nanti.

KATEGORI PENERIMA STR

Berikut adalah kategori penerima STR fasa 2 seperti dibawah :

KATEGORI ISI RUMAH 

  • Pasangan berkahwin
  • Bapa atau ibu tunggal / janda / balu / duda yang mempunyai tanggungan anak menepati syarat
  • Pendapatan bulanan semasa RM5,000 dan kebawah.

KATEGORI BUJANG

  • Individu belum berkahwin
  • Bapa atau ibu tunggal / janda /balu / duda yang tidak mempunyai anak
  • Berumur 21 hingga 59 tahun
  • Pendapatan bulanan semasa RM2,500 dan kebawah.

Nota : Kategori diatas berdasarkan perlaksanaan BKM sebelum ini. Apa yang pasti kategori isi rumah akan menerima bayaran STR fasa 2, bagi kategori bujang dan warga emas akan dikemaskini selepas pengumuman dari pihak kerajaan kelak. Segala maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

SEMAKAN STATUS KEMASKINI MAKLUMAT STR

Untuk sedia maklum, bermula 17 Januari 2023 pihak kerajaan telah membuka portal rasmi MySTR untuk rakyat melaysia membuat semakan status dan kemaskini maklumat jika berlaku sebarang perubahan. Sila layari laman rasmi bantuan STR – DI SINI

Untuk log masuk MySTR adalah berdasarkan maklumat pada BKM 2022. Jika anda lupa kata laluan, sila tukar kata laluan yang baru.

MAKLUMAT LANJUT

Selain semakan STR fasa 2 terdapat inisiatif lain yang telah disediakan oleh kerajaan untuk rakyat yang memerlukan pada tahun ini. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – KLIK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button