Pemberian Bantuan eWallet RM300 Sebulan – Semak Kelayakan
Pemberian bantuan ewallet RM300 sebulan disediakan khusus kepada golongan B40 dan M40 yang mempunyai tanggungan anak. Atas keprihatinan kerajaan negeri, program inisiatif khas ini masih dilaksanakan pada tahun ini.
Dalam usaha meringankan beban golongan berpendapatan rendah di negara ini, kerajaan telah melancarkan inisiatif bantuan eWallet kehidupan sejahtera Bingkas. Bantuan ini akan memberikan sebanyak RM300 sebulan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
Pemberian Bantuan Ewallet RM300
Matlamat utama bantuan ini adalah untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana agar tidak ketinggalan dalam arus pemodenan ekonomi digital. Kriteria kelayakan untuk mendapatkan bantuan ini adalah keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
Dengan ini, kerajaan dapat memastikan bahawa bantuan tersebut sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Kepada pemohon yang lulus, amaun bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas dan pendidikan.
Syarat Kelayakan Bantuan Ewallet RM300
Kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan bagi memohon bantuan khas ini, antaranya seperti :
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan bulanan dibawah RM5,000
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun kebawah, sekurang-kurangnya 2 orang
- Pemilih berdaftar
- Lahir atau menetap melebihi 10 tahun di Selangor.
Proses permohonan bantuan eWallet Bingkas ini amat mudah dan pengguna hanya perlu mendaftar melalui portal rasmi – BINGKAS (eWallet). Setelah permohonan diluluskan, wang bantuan sebanyak RM300 akan dimasukkan ke dalam akaun eWallet penerima setiap bulan.
Penerima bantuan juga diingatkan untuk memanfaatkan bantuan ini dengan bijak bagi memenuhi keperluan harian mereka. Program Bingkas ini ditawarkan kepada sekitar 30,000 buah keluarga, selepas kuota penuh permohonan akan ditutup.
Diharapkan dengan pelaksanaan bantuan eWallet Bingkas ini, ia dapat membantu meringankan beban kewangan terutama golongan berpendapatan rendah. Inisiatif ini bukan sahaja dapat meningkatkan kebajikan sosial tetapi juga dapat memacu penggunaan teknologi digital dalam kalangan masyarakat.
Maklumat Lanjut
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.