BANTUANFASA 3STR

STR Fasa Ke-3 : Semakan Status Pembayaran

STR fasa ke-3 adalah merupakan inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan yang akan dibayar pada hari isnin ini bersamaan 26 Jun. Untuk pengetahuan umum, pemberian sumbangan tunai rahmah fasa ketiga akan dilaksanakan serentak dengan kredit e-tunai.

STR FASA KE-3

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan insentif STR fasa berikutnya iaitu ketiga kepada kategori bujang, warga emas dan isi rumah. Apa yang menarik adalah jadual asal bayaran sepatutnya dibayar pada bulan Julai.

Atas dasar keprihatinan kerajaan disebabkan sambutan hari raya aidiladha, pembayaran STR fasa ke-3 telah diawalkan pada 26 Jun 2023. Kadar yang akan diagihkan juga adalah lebih tinggi berbanding 2 fasa sebelum ini iaitu pada Januari dan April lalu.

Bayaran kali ini akan diberikan daripada serendah RM150 sehingga RM1,300, jumlah ditentukan mengikut kategori dan bilangan tanggungan anak. Di bawah telah disediakan jumlah yang akan diterima mengikut kategori pada hari isnin nanti.

JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Bermula isnin (26 jun) pengkreditan akan mula dilaksanakan secara berperingkat ke dalam akaun masing-masing. Jumlah yang akan diberikan mengikut kategori adalah seperti berikut :

BUJANG (21-59 TAHUN)

  • Seorang RM150

WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • Seorang RM200

KELUARGA / ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 KEBAWAH)

  • RM300 : Tiada tanggungan anak
  • RM400 : Mempunyai bilangan anak (1-2)
  • RM600 : Mempunyai bilangan anak (3-4)
  • RM800 : Mempunyai bilangan anak (5 dan lebih)

KELUARGA / ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000 KEBAWAH)

  • RM (0) Tiada bayaran : Isi rumah tiada anak
  • RM150 : Mempunyai bilangan anak (1-2)
  • RM200 : Mempunyai bilangan anak (3-4)
  • RM250 : Mempunyai bilangan anak (5 dan lebih)

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (STR TAMBAHAN)

  • RM600 : Ditawarkan kepada isi rumah miskin tegar melalui data ekasih (Berbentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas)

Info : Kepada penerima sedia ada tiada kad bank, kalian boleh tebus secara tunai di kaunter BSN bermula 26 Jun 2023.

SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN

Kepada pendaftaran baru pada bulan Mac dan penerima sedia ada, kini anda boleh membuat semakan status pembayaran STR fasa ke-3. Sila layari laman rasmi MySTR – DISINI

INFO MAKLUMAT LANJUT

Selain STR fasa ke-3 , pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menawarkan pelbagai jenis bantuan berbentuk kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila semak senarai insentif yang ada dan bekelayakan untuk didapatkan – RUJUK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button