BANTUANJKMKanak-kanak

Bantuan BKK Sehingga RM 1,000 Untuk 18 Tahun Kebawah

Kini sudah memasuki suka akhir untuk tahun 2022, sekiranya anda terlepas pandang terdapat satu skim bantuan untuk kanak-kanak pada tahun ini iaitu BKK. Kepada penjaga da ibu bapa yang mempunyai tanggungan anak yang berusia 18 tahun dan ke bawah, kalian boleh membuat permohonan Skim Bantuan Kanak-kanak atau lebih dikenali sebagai BKK 2022 sehingga RM 1,000 sebulan untuk 1 keluarga yang layak.

Bantuan Kanak-kanak 2022

Menerusi kenyataan Datuk Seri Rina binti Mohd Harun iaitu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengumumkan kenaikan jumlah insentif Bantuan Kanak-kanak (BKK) sehingga RM 1,000 berbanding tahun sebelum ini iaitu RM 450.

Skim Program Bantuan Kanak-kanak ini adalah merupakan insentif bantuan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas kepada yang layak untuk membantu keluarga dan kanak-kanak untuk meringankan pembelanjaan serta mendapat jagaan yang cukup selesa pada tahun 2022.

Syarat-syarat Kelayakan BKK

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk permohonan bantuan BKK.

  1. Pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah
  2. Pemohon merupakan kanak-kanak yang berusia 18 tahun dan ke bawah – Jika melebihi 18 tahun boleh memohon dan akan dipertimbangkan jika bersekolah menengah atas sahaja
  3. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak untuk dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
  4. Keluarga bermaustatin ni Malaysia
  5. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)

Cara Permohonan BKK RM 1,000

Sekiranya anda menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda boleh membuat permohonan. Panduan telah disediakan seperti berikut :

  • Langkah pertama, sila layari Portal Rasmi eBantuanJKM – DI SINI
  • Tekan pada butang “Daftar Permohonan Atas Talian”
  • Kemudian sila isi kedua dua borang – Borang A dan Borang B
  • Tekan pada butang “Keputusan”

Kemudian, pemohon perlu hadir ke Pejabat JKM yang berdekatan anda untuk tujuan verifikasi permohonan BKK. Sila bawa dan sertakan dokumen penting yang diperlukan seperti berikut :

  • Sediakan salinan kad pengenalan pemohon (wajib)
  • Sediakan salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal sebumbung
  • Sediakan salinan penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan – Jika ada
  • Sediakan salinan kad OKU – Jika kategori OKU
  • Sediakan salah satu bil utiliti anda (Bil air / elektrik atau telefon)
  • Pastikan bawa borang yang telah diisi.

Bagi pemohon yang mempunyai permasalahan semasa pendaftaran atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan BKK RM 1,000 ini, anda boleh terus hubungi talian khas JKM di – 03 8000 8000 atau anda boleh terus ke Pejabat JKM berdekatan anda.

Untuk sebarang semakan berkenaan senarai bantuan dari pihak kerajaan yang ada pada tahun ini, sila ke laman utama untuk rujukan – DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button