BANTUANBWEJKM

Bantuan Warga Emas RM500 ~ Cara Mohon

Bantuan Warga Emas RM500 (BWE) adalah merupakan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) setiap bulan. Untuk sedia maklum, kadar bantuan telah dinaikkan sebanyak RM500 berbanding RM350 sebelum ini.

BANTUAN WARGA EMAS (BWE)

Untuk makluman, insentif khas ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum. Atas keprihatinan kerajaan telah meneruskan perlaksanaan bantuan BWE ini pada tahun 2023.

Tujuan utama bantuan ini disediakan adalah bagi membantu golongan warga emas bagi meringankan beban dan meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti masyarakat pada tahun ini.

KADAR BANTUAN

Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima bayaran bantuan BWE ini sebanyak RM500. Bayaran akan diberikan secara bulanan dengan jumlah yang sama.

SYARAT KELAYAKAN BWE

Berikut telah disediakan syarat kelayakan bagi permohonan bantuan warga emas RM500 seperti dibawah :

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin
  • Merupakan golongan warga emas yang berumur 60 tahun dan keatas
  • Pendapatan isi rumah semasa bulanan tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa dan purata miskin per kapita semasa
  • Pemohon bukan tinggal di mana-mana institusi kendalian JKM
  • Tidak tinggal di pusat jagaan harian (kediaman yang memberikan kemudahan dan perkhidmatan secara percuma)
  • Mana-mana kes yang berkeperluan layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
  • Perlaksanaan bantuan kebajikan adalah berdasarkan selaras dengan senarai bersama antara kerajaan persekutuan dan negeri.

PANDUAN MOHON BWE

Jika anda mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan bantuan warga emas boleh dibuat. Sila layari portal rasmi BWE JKM – DI SINI

Borang permohonan boleh dimuat turun di laman rasmi diatas. Untuk memudahkan proses semakan permohonan, sila sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti berikut :

  • Sediakan salinan kad pengenalan individu (pemohon)
  • Salinan kad pengenalan pasangan (suami isteri)
  • Salinan kad pengenalan tanggungan anak dan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan sijil lahir anak
  • Sediakan dokumen sokongan yang berkaitan
  • Sertakan salinan penyata gaji sekiranya ada.

Nota : Jika anda mempunyai permasalahan semasa permohonan atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian agensi JKM di 03-8000 8000.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan warga emas, terdapat pelbagai insentif yang disediakan oleh pihak JKM dan kerajaan pada tahun ini untuk rakyat yang kurang bernasib baik dan memerlukan. Semak senarai bantuan tunai yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button