BANTUANKasih SuriKWSP

Program Kasih Suri RM480 Untuk Keluarga Malaysia

Program kasih suri keluarga Malaysia adalah merupakan inisiatif yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Insentif khas sebanyak RM480 setahun disediakan melalui program untuk golongan suri rumah.

PROGRAM KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA

Untuk makluman, program ini disediakan bagi mengangkat martabat wanita dan sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada golongan suri rumah dalam pembangunan negara ini. Program ini bagi menggalakan kumpulan suri rumah mencarum secara sukarela di dalam tabungan KWSP.

Untuk suri rumah yang berkelayakan mendapatkan insentif ini akan menerima sumbangan khas dari kerajaan sebanyak RM40 sebulan bagi setiap caruman sebanyak RM5. Manakala sebanyak RM480 setahun bagi caruman RM60.

Antara faedah yang ada dalam program kasih suri keluarga Malaysia seperti berikut :

  • Menerima insentif sumbangan khas sebanyak sehingga RM480 setahun
  • Boleh membuat pengeluaran wang mengikut syarat yang telah ditetapkan
  • Mencarum pada bila-bila masa dengan jumlah apa-apa amaun mengikut kemampuan kewangan
  • Secara automatik dapat menikmati dividen tahunan diatas simpanan persaraan
  • Layak terima bantuan kematian sebanyak RM2,500
  • Bantuan hilang upaya tertakluk kepada terma dan syarat.

KELAYAKAN INSENTIF

Berikut telah disediakan syarat kelayakan bagi mendapatkan insentif khas ini seperti dibawah :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Individu berumur 55 tahun dan kebawah
  • Merupakan ahli KWSP
  • Membuat caruman sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun simpanan KWSP
  • Merupakan isteri kepada ketua isi rumah (KIR) atau ketua isi rumah wanita
  • Golongan suri rumah yang berdaftar di dalam pengkalan data kemiskinan nasional (ekasih) setakat November 2021
  • Telah membuat pilihan kasih suri keluarga Malaysia.

Nota : Setiap suri rumah hanya boleh memilih 1 insentif sahaja pada satu masa. Sekiranya anda telah mendaftar dengan insentif i-saraan, anda perlu membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan baru program kasih suri keluarga Malaysia.

CARA MOHON KASIH SURI

Kepada golongan suri rumah yang berkelayakan, anda disarankan memohon insentif khas sebanyak RM480 ini. Sila layari portal rasmi Kasih Suri Keluarga Malaysia – DI SINI

Anda perlu lengkapkan borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan. Segala maklumat permohonan akan boleh rujuk dengan teliti di laman rasmi Kasih suri yang telah disediakan diatas.

INFO LANJUT

Terdapat program inisiatif lain yang disediakan oleh kerajaan bagi rakyat Malaysia yang memerlukan khususnya bantuan berbentuk tunai. Sila semak senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button