BANTUANFasa 4MySTRSumbanganTunaiRahmah

MySTR : Pemberian Fasa Ke-4 Dikreditkan Pada Bulan Hadapan

MySTR : Pemberian Fasa Ke-4 akan mula dikreditkan kepada seluruh warga Malaysia pada bulan hadapan (November) 2023. Inisiatif berbentuk bantuan kewangan ini telah diperkenalkan pada tahun ini bagi menggantikan bantuan terdahulu.

MYSTR : PEMBERIAN FASA KE-4

Seperti sedia maklum, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR ini telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan. Melalui program khas ini, rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan bujang, warga emas dan isi rumah terlibat mendapatkan bantuan ini.

Untuk makluman umum, pembayaran bagi fasa 1, fasa 2 dan fasa 3 Sumbangan tunai rahmah telahpun selesai dibayar pada Januari, April dan Jun lalu. Kini hanya tinggal fasa keempat iaitu pembayaran fasa terakhir bagi tahun ini.

Apa yang menarik adalah, belum habis pemberian STR tahun ini pihak kerajaan telah bersetuju meneruskan insentif STR ini pada tahun hadapan. Pada sidang Belanjawan 2024, Perdana Menteri telah memaklumkan kadar bantuan tunai STR telahpun dinaikkan.

Jumlah baru STR 2024 yang telah ditingkatkan adalah sehingga RM3,700 untuk kategori isi rumah, sebelum ini maksimum RM3,100. Manakala bujang dinaikkan sehingga RM500 berbanding tahun 2023 RM350.

KADAR PEMBERIAN MYSTR FASA KE-4 MENGIKUT KATEGORI

Dibawah adalah senarai kadar bayaran bagi STR fasa ke 4 tahun 2023 mengikut kategori seperti berikut.

KATEGORI WARGA EMAS (60 TAHUN KEATAS)

  • RM200 seorang

KATEGORI ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500 SEBULAN)

  1. Tiada tanggungan anak : RM200
  2. Mempunyai tanggungan anak (1-2) : RM600
  3. Mempunyai tanggungan anak (3-4) : RM900
  4. Mempunyai tanggungan anak (5 keatas) : RM1,200

ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000 SEBULAN)

  1. Tiada tanggungan anak : RM0
  2. Mempunyai tanggungan anak (1-2) : RM0
  3. Mempunyai tanggungan anak (3-4) : RM300
  4. Mempunyai tanggungan anak (5 keatas) : RM500

KUMPULAN MISKIN TEGAR (MYKASIH)

  • Penerima STR yang terdiri dalam kumpulan miskin tegar, mereka layak menerima insentif bantuan sumbangan asas rahmah berjumlah RM600

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR

Sekali lagi untuk makluman, pembayaran fasa keempat STR akan mula dibayar pada bulan hadapan. Kepada penerima sedia ada, anda boleh membuat semakan secara online di laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan kepada rakyat yang memerlukan dan berkelayakan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button