i-LindungKWSP

KWSP Sediakan Program Terbaru ‘i-Lindung’ Melalui Akaun 2

Tahukah anda, pada tahun 2022 terdapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan telah diperkenalkan oleh Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu para pencarum. Pada suku pertama telah selesai pembayaran pengeluaran khas RM 10,000. Terbaru pihak KWSP telah melancarkan sebuah program terbaru iaitu dikenali sebagai i-Lindung. Di bawah telah disediakan maklumat ringkas berkenaan i-Lindung yang perlu anda ketahui.

Apa Itu i-Lindung KWSP?

Melalui program skim i-Lindung KWSP ini, ahli / para pencarum boleh menggunakan akaun 2 bagi tujuan pembelian insurans penyakit kritikal dan hayat yang telah disediakan oleh penyedia insurans di negara Malaysia. Kepada yang belum mempunyai insurans disarankan mengambil inisiatif ini kerana pada zaman sekarang program seperti ini amat penting untuk diri dan keluarga.

Program ini amat memberi manfaat kepada para ahli KWSP kerana secara x langsung memberikan bantuan perkhidmatan dari segi insurans hayat dan penyakit kritikal, bak kata pepatah “Sediakan payung sebelum hujan”.

Syarat Kelayakan Umum Untuk Mendapatkan i-lindung KWSP

  1. Individu wajib berstatus Warganegara Malaysia
  2. Individu yang berumur 55 tahun dan kebawah
  3. Merupakan pengguna i-Akaun
  4. Memperoleh baki dalam akaun 2 yang mencukupi

Senarai Syarikat Insurans Yang Terlibat

  • Prudential BSN Takaful Berhad
  • Prudential Assurance Malaysia Berhad
  • Etiqa Life Insurance Berhad
  • Etiqa Family Takaful Berhad
  • FWD Takaful Berhad

Nota: Sekiranya anda berminat dengan program i-Lindung KWSP ini, anda boleh terus dapatkan maklumat insurans pilihan pada laman rasmi i-Akaun. Harga akan dipaparkan beserta butiran produk insurans pilihan anda.

Anda boleh melayari Portal Rasmi seperti berikut :

Sekiranya anda mempunyai permasalahan proses permohonan atau persoalan berkenaan i-Lindung KWSP, boleh terus hubungi talian khas KWSP di 03 8922 6000.

Informasi Tambahan

Pada tahun ini, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan seperti BKM untuk membantu rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin membuat semakan berkenaan senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button