KWSPPengeluaran PenuhPengeluaran sebahagian

Pengeluaran KWSP Akaun1 & Akaun2 Dibenarkan Pada Tahun Ini

Pengeluaran KWSP akaun1 & akaun2 dibenarkan pada tahun ini kepada ahli selagi menepati terma dan syarat yang telah ditetapkan. Untuk sedia maklum, kemudahan pengeluaran secara penuh dan sebahagian boleh dilakukan oleh pencarum.

JENIS PENGELUARAN KWSP AKAUN1 & AKAUN2

Terdapat beberapa kategori pengeluaran wang simpanan KWSP melalui akaun 1 dan akaun 2 yang dibenarkan pada tahun ini. Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran ini bagi membantu ahli memudahkan urusan pengeluaran.

Sebenarnya masih ada yang tidak tahu bahawa mereka boleh melakukan pengeluaran KWSP melalui i-akaun untuk tujuan peribadi yang tersedia. Terdapat 2 jenis pengeluaran yang dibenarkan iaitu secara penuh dan sebahagian.

KATEGORI PENGELUARAN PENUH

HILANG UPAYA

  • Ahli yang dilanda musibah kehilangan upaya dibenarkan membuat pengeluaran wang simpanan KWSP sepenuhnya. Kehilangan daya upaya fizikal dan mental sehingga menjejaskan mereka untuk bekerja adalah kelayakan kategori ini, dan automatik layak menerima bantuan khas RM5,000.

MENINGGALKAN NEGARA

  • Kepada pencarum yang ingin melucutkan taraf atau melepaskan kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain. Mereka boleh membuat pengeluaran KWSP akaun1 & akaun2 secara penuh.

PENGELUARAN MENCAPAI UMUR 55 TAHUN

  • Sekiranya ahli KWSP telah mencapai umur 55 tahun, mereka secara rasmi telah memasuki usia persaraan dan boleh membuat pilihan untuk menguruskan wang mereka sendiri.
  • Semua caruman dalam akaun 1 dan akaun 2 akan dicampurkan ke dalam akaun 55 dan mereka boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa.

MENINGGAL DUNIA

  • Sekiranya berlaku kematian (Ahli meninggal dunia), pewaris boleh menjadi wakil untuk pengeluaran penuh. Pihak KWSP menggalakan untuk pencarum membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat untuk membuat pengeluaran KWSP tanpa sebarang masalah.

KATEGORI PENGELUARAN SEBAHAGIAN

Pengeluaran kwsp secara sebahagian juga boleh dilakukan untuk tujuan peribadi seperti berikut :

  • Umur 50
  • Beli rumah
  • Bina rumah
  • Menyelesaikan atau mengurangkan baki pinjaman perumahan
  • Ansuran bulanan pinjaman perumahan
  • Perumahan fleksibel
  • Rumah PR1MA
  • Menunaikan ibadah haji
  • Pendidikan
  • Kesihatan
  • Simpanan melebih RM 1 juta

PANDUAN CARA PERMOHONAN

Kepada ahli yang ingin membuat pengeluaran KWSP akaun1 & akaun2 untuk tujuan peribadi seperti diatas, permohonan boleh dilakukan. Syarat kelayakan dan panduan permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan pada tahun ini telah menyediakan pelbagai inisiatif dan bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban B40 dan miskin. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button