KWSPPengeluaran Bersasar

Info Terkini Pengeluaran KWSP : Dibenarkan Kepada Pencarum Yang Layak

Info terkini pengeluaran KWSP perlu dibenarkan kepada pencarum yang layak untuk mereka meringankan beban sara hidup pada tahun ini. Untuk makluman, isu pengeluaran wang simpanan (KWSP) sedang menjadi perkara hangat yang dibincangkan dalam sidang dewan rakyat pada Rabu bersamaan 22 Februari 2023.

PENGELUARAN KWSP PERLU DIBENARKAN

Untuk sedia maklum, Datuk Ismail Sabri Yaakob wakil BN kawasan Bera antara individu yang lantang menyuarakan pendapat berkenaan isu KWSP ini. Beliau meminta agar kerajaan dapat mempertimbangkan sewajarnya berkenaan pengeluaran KWSP secara bersasar kepada yang benar-benar layak.

Sebagai contoh, pencarum yang memperoleh gaji bulanan sebanyak RM2,000 selepas 10 tahun jumlah simpanan mencecah RM50,000. Jika pengeluaran dibenarkan, ia tidak akan habis sekiranya jumlah wang dikeluarkan sedikit.

Selaku wakil kawasan Kuala Selangor (PH) iaitu Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut menyuarakan bahawa kerajaan perlu meluluskan perlaksanaan pengeluaran KWSP. Perkara ini bagi membantu pencarum yang terkesan pada waktu ini.

Tambahan Syahir Che Sulaiman selaku wakil BN kawasan Bachok juga telah menegaskan bahawa impak pengeluaran KWSP secara bersasar sangat besar. Ini dapat memulihkan ekonomi domestik dan dapat membantu golongan yang memerlukan.

ALTERNATIF LAIN BAKAL DIUMUMKAN

Info terkini pengeluaran KWSP, semua kenyataan tersebut kemudian dijawab oleh Timbalan Menteri Kewangan 1 iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan. Menurut beliau seperti mana yang telah dijanjikan oleh Pendana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bahawa alternatif kaedah-kaedah lain untuk membantu kumpulan ini akan diumumkan pada sidang Bajet 2023 pada Jumaat ini.

Segala maklumat akan diketahui selepas sidang belanjawan 2023 yang akan bersidang pada hari jumaat ini. Segala informasi akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

E-PENGELUARAN KWSP

Buat masa ini, hanya kemudahan e-pengeluaran KWSP yang dibenarkan untuk pencarum membuat pengeluaran di mana jua dan bila-bila masa. Untuk membuat pengeluaran secara atas talian sila rujuk laman rasmi – KWSP

MAKLUMAT LANJUT

Semasa sendang menunggu sidang belanjawan 2023, terdapat pelbagai inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan pada tahun ini. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk individu dapatkan – SEMAK DISINI untuk informasi lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button