KWSPPengeluaran KhasStatus Permohonan

Semakan Lebih Jelas Status Pengeluaran Khas KWSP

Bagi ahli KWSP, perlaksanaan Kemudahan Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000 ini amat bermakna lebih-lebih lagi bakal menjelang bulan Syawal iaitu musim perayaan Aidilfitri.

Kepada ahli yang sudah membuat permohonan, sudah boleh membuat semakan status permohonan bermula 9 April 2022. Di bawah telah disediakan butiran panduan lebih tepat untuk semakan status permohonan pengeluaran khas anda.

Syarat Pengeluaran Khas KWSP

Di bawah adalah syarat kelayakan bagi permohonan pengeluaran Khas KWSP seperti berikut :

  • Terbuka kepada ahli KWSP yang berumur 55 tahun dan ke bawah termasuk kepada golongan bukan warganegara Malaysia dan pemastautin secara tetap.
  • Kepada ahli KWSP yang telah mohon i-sinar, i-lestari dan i-citra sebelum ini juga layak untuk memohon Pengeluaran Khas KWSP (Tertakluk pada baki akaun 1 dan akaun 2 dan amaun kelayakan).
  • Akaun ahli mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM 150 di dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Jumlah Pengeluaran Khas Yang Boleh Dikeluarkan

  • Minimum pengeluaran yang boleh ahli keluarkan adalah serendah RM 50.
  • Maksimum pengeluaran yang boleh ahli keluarkan adalah sebanyak RM 10,000 (Bergantung jumlah baki simpanan akaun 1 dan 2).
  • Ahli perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM 100 di dalam akaun 1.
  • Jumlah kelayakan pengeluaran khas adalah berdasarkan amaun baki simpanan ahli pada tarikh permohonan.

Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Kepada ahli yang sudah membuat permohonan, boleh membuat semakan dari semasa ke semasa bermula 9 April 2022. Sila layari Laman Rasmi Pengeluaran Khas KWSP – DI SINI

Maksud Warna Status Permohonan 

  • Permohonan anda sudah diterima (Berwarna Ungu) – Bermaksud permohonan anda sedang disemak dan diproses.
  • Permohonan anda telah diluluskan (Berwarna Hijau) – Bermaksud permohonan anda sudah diluluskan dan tarikh bayaran akan dipaparkan di skrin anda.

Nota : Sekiranya status permohonan anda masih diterima (Ungu), bersabar dan disarankan anda membuat semakan dari semasa ke semasa kerana pembayaran ini secara berperingkat.

Jika anda mempunyai permasalahan semasa permohonan atau semakan dan mempunyai pertanyaan berkenaan pengeluaran Khas KWSP, anda boleh hubungi talian Hotline Pengeluaran Khas KWSP – 03 8922 4848.

Maklumat Lanjut

Selain dari pengeluaran khas KWSP ini, terdapat pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi rakyat yang memerlukan. Jika anda ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button