ePengeluaranKWSPPengeluaran sebahagian

Rasmi : Jenis Pengeluaran KWSP Sebahagian Yang Dibenarkan

Rasmi : Jenis Pengeluaran KWSP sebahagian yang dibenarkan dan boleh dilakukan oleh ahli selagi menepati syarat kelayakan. Untuk makluman, pihak KWSP telah menyediakan pelbagai kemudahan pengeluaran untuk memberi manfaat kepada para pencarum.

RASMI : JENIS PENGELUARAN KWSP SEBAHAGIAN

Bagi pengetahuan umum, sebenarnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memperkenalkan sebuah kemudahan yang dikenali sebagai ePengeluaran KWSP. setiap ahli yang berkelayakan boleh lakukan pengeluaran pada bila-bila masa dan di mana jua secara online melalui i-akaun.

Kemudahan yang dibenarkan adalah pengeluaran secara sebahagian dan sepenuhnya melalui simpanan akaun 1 dan akaun 2. Terdapat beberapa jenis pengeluaran sebahagian KWSP untuk tujuan peribadi tertentu yang diluluskan antaranya dikongsikan seperti dibawah.

JENIS PENGELUARAN KWSP (PERUMAHAN)

Pengeluaran sebahagian simpanan akaun 2 KWSP boleh dilakukan bagi tujuan perumahan. Antara sebab-sebab dibenarkan adalah seperti untuk membina rumah, beli rumah, ansuran bulanan pinjaman perumahan dan menyelesaikan baki pinjaman rumah.

PENGELUARAN KWSP (KESIHATAN)

Pencarum dibenarkan membuat pengeluaran untuk tujuan rawatan kesihatan di institusi perubatan dalam negara. Ahli yang mempunyai baki simpanan dalam akaun 2 layak mendapatkan pengeluaran untuk tujuan ini.

(PENDIDIKAN)

Mereka yang layak untuk membuat pengeluaran ini adalah ahli yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara. Kemudahan ini penting untuk mereka yang sedang menuntut ilmu bagi meringankan beban kos pembelanjaan.

JENIS PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP (50 TAHUN)

Kepada ahli KWSP yang berumur di antara 50 tahun hingga sebelum mencapai 55 tahun dan mempunyai baki simpanan akaun 2. Mereka layak untuk membuat pengeluaran sebahagian KWSP pada waktu ini.

KRITERIA KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP SEBAHAGIAN

Antara beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Ahli KWSP (Pencarum)
  • Warganegara dan Penduduk tetap
  • Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  • Permohonan pengeluaran boleh dilakukan tidak melebihi had amaun pengeluaran maksimum
  • Bayaran secara terus ke dalam akaun bank simpanan/ semasa ahli atau ke dalam akaun rakan strategik KWSP

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN

Bagi ahli KWSP yang memerlukan dan berkelayakan untuk membuat pengeluaran tujuan peribadi seperti diatas, anda boleh lakukan secara online. Panduan lenkap permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi ePengeluaran KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada waktu ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button