ePengeluaranKWSPPengeluaran PenuhPengeluaran sebahagian

Permohonan EPengeluaran KWSP : Kini Dibenarkan Kepada Ahli

Permohonan EPengeluaran KWSP kini dibenarkan dan boleh dilakukan oleh ahli yang berkelayakan dan memerlukan. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan kemudahan pengeluaran secara sebahagian dan penuh kepada pencarum.

PERMOHONAN EPENGELUARAN KWSP

Pada tahun ini terdapat sebuah inisiatif kemudahan dibawah KWSP yang dikenali sebagai epengeluaran. Kemudahan ini membenarkan ahli untuk membuat pengeluaran sebahagian simpanan secara online pada bila-bila masa.

Kepada pencarum KWSP yang sudah mendaftar i-akaun boleh membuat pendaftaran permohonan. Bagi yang masih belum, anda boleh mendaftar sistem i-akaun terlebih dahulu.

Antara ciri utama dan manfaat i-akaun adalah boleh membuat epengeluaran iaitu permohonan pengeluaran simpanan wang KWSP. Pengeluaran untuk tujuan peribadi tersedia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana jua.

SENARAI PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP

Ahli kini boleh melakukan pengeluaran wang KWSP secara sebahagian melalui akaun 2 untuk tujuan peribadi tertentu. Dibawah adalah senarai jenis pengeluaran sebahagian yang diluluskan seperti berikut :

  • Beli rumah
  • Bina rumah
  • Mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan
  • Ansuran bulanan pinjaman perumahan
  • Perumahan PR1MA
  • Perumahan Fleksibel
  • Umur 50
  • Pendidikan
  • Menunaikan ibadah haji
  • Kesihatan
  • Simpanan melebihi 1 juta

SENARAI PENGELUARAN PENUH KWSP

Bukan itu sahaja, ahli KWSP juga boleh membuat pengeluaran wang simpanan secara penuh sekiranya menepati syarat yang telah ditetapkan. Senarai pengeluaran penuh KWSP adalah seperti berikut :

  • Mencapai umur 55 tahun
  • Umur 60 tahun
  • Hilang upaya
  • Meninggalkan negara
  • Pesara pilihan dan pekerja berpencen
  • Kematian

Info : Bagi ahli (waris) yang membuat pengeluaran bagi kematian, kemudahan ini telah menyediakan bantuan khairat kematian kepada ahli yang telah meninggal dunia yang boleh dituntut oleh pewaris.

PANDUAN MOHON EPENGELUARAN KWSP

Untuk makluman, permohonan epengeluaran KWSP ini boleh dikemukakan pada bila-bila masa dan dimana jua pada tahun 2023. Permohonan boleh dilakukan secara online dengan mudah.

Panduan daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi epengeluaran KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Tahun 2023 pihak kerajaan telah melancarkan bermacam-macam jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan untuk meringankan beban rakyat. Sila lihat dan cek senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button