KWSPPengeluaran Khas

KWSP 2.0 : Pengeluaran Khas RM10,000 Sebelum Musim Raya Aidilfitri

KWSP 2.0 , baru-baru ini hangat diperkatakan berkenaan tuntutan pengeluaran khas KWSP dari pelbagai pihak terutama para pencarum. Rata-rata yang mendesak perlaksanaan pengeluaran sekali lagi adalah mereka yang benar-benar memerlukan.

PENGELUARAN KHAS RM10,000 SEHINGGA RM30,000

Untuk makluman, pihak bukan kerajaan iaitu Prorakyat dan persatuan penyelesaian pengguna peminjam Malaysia (4PM) telah menuntut. Agar pihak kerajaan membenarkan pengeluaran khas sekali lagi. Menurut mereka, jika pengeluaran ini diluluskan ini tidak akan menjejaskan dana simpanan KWSP kerana setiap bulan ahli membuat caruman di platform tersebut.

Pihak Prorakyat memberi cadangan supaya pengeluaran khas dibenarkan berdasarkan syarat dan mengikut kaedah seperti dibenarkan sebelum ini. Menurut pihak bukan kerajaan tersebut, meminta tuntutan pengeluaran RM10,000 sehingga RM30,000.

Perkara ini tidak akan menjejaskan pelabur KWSP, mereka meminta agar Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempertimbangkan pengeluaran khas ini agar dapat dilaksanakan sebelum musim perayaan aidilfitri nanti.

MEMBERI KEUTAMAAN KEPADA YANG MEMERLUKAN

Menurut Presiden 4PM iaitu Encik Roslan Mohd Arif, pengeluaran khas ini perlu dilaksanakan kerana ia membabitkan wang simpanan para pencarum sendiri. Kebanyakan pencarum KWSP yang inginkan pengeluaran ini adalah untuk melangsaikan hutang.

Ahli KWSP yang mencarum juga sedar bahawa jika pengeluaran ini dibenarkan, baki simpanan masa hadapan mereka akan susut. Dengan keadaan ekonomi domestik yang tidak stabil, pendemik belum pulih sepenuhnya dan kesempitan hidup menyebabkan perlaksanaan pengeluaran ini perlu dibenarkan bagi keperluan pencarum.

ALTERNATIF LAIN

Baru-baru ini pihak kerajaan telah memberi maklum balas, pada bulan februari akan diadakan sidang Belanjawan 2023. Terdapat alternatif lain bagi meringankan beban rakyat akan diperkenalkan pada sidang tersebut.

Pihak kerajaan sedang mencari jalan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat tanpa menimbulkan beban lain pada masa akan datang selepas mereka bersara nanti. Segala maklumat terkini berkenaan pengeluaran khas KWSP akan dikemaskini selepas sidang belanjawan 2023 bulan ini.

MAKLUMAT LANJUT

Sementara menunggu sidang belanjawan 2023 berkenaan KWSP 2.0 ini, terdapat pelbagai inisiatif berbentuk bantuan tunai yang disediakan oleh pihak kerajaan. Sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button