KWSPPengeluaran Bersasar

Pengeluaran KWSP Bersasar Untuk Golongan Yang Memerlukan Perlu Dipertimbangkan

Pengeluaran KWSP Bersasar sangat diharapkan oleh mejoriti pencarum agar dapat dilaksanakan pada tahun hadapan. Perkara ini adalah sangat relevan dan memberi manfaat kerana ia lebih fokuskan kepada ahli yang memerlukan.

PENGELUARAN BERSASAR PERLU DIPERTIMBANGKAN

Untuk makluman, penganalisis ekonomi dari Universiti Kuala Lumpur iaitu Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid memberitahu. Bahawa suntikan wang daripada pengeluaran KWSP pasti akan dibelanjakan untuk kepentingan ekonomi domestik dalam negara.

Menurut beliau, pengeluaran wang KWSP secara bersasar ini bukan sahaja untuk golongan b40 tetapi juga kepada golongan m40. Pengeluaran untuk sesiapa yang memerlukan dalam jangka tempoh masa pendek dan yang masih terkesan belum pulih sepenuhnya daripada pendemik covid 19 yang melanda negara.

Terdapat ramai pencarum yang mempunyai baki simpanan dalam akaun yang rendah apabila dibenarkan pengeluaran khas yang lalu. Jangka sekali imbas, mungkin pengeluaran kali ini hanya untuk memenuhi sebahagian kecil kehendak pencarum sahaja yang berbaki positif. Untuk semakan e-pengeluaran, sila ke portal rasmi – KWSP

Jika ada keperluan mendesar maka pengeluaran KWSP secara bersasar ini perlu dipertimbangkan mengikut keperluan ahli KWSP. Justeru hal ini perlu dipandang dan dikaji kerana perlaksanaan pengeluaran kwsp ini lebih baik dibenarkan secara bersasar. Katanya kepada bisnes Metro.

TAMBAHAN

Kata beliau, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah merupakan platform tabungan pencarum untuk hari tua. Tetapi disebabkan faktor seperti krisis yang tercetus iaitu pendemik melanda dan ketidak stabilan ekonomi menyebabkan ramai pencarum yang memerlukan pengeluaran bersasar ini.

Ramai yang telah terjejas dan tidak mempunyai tabungan simpanan yang mencukupi untuk jangka panjang. Mungkin pihak kerajaan perlu merumuskan cadangan baru untuk perbaiki kebajikan masyarakat Malaysia terutama kepada golongan sasar untuk masa kini dan masa akan datang.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai kemudahan dan inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan kepada rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ini semak senarai insiatif yang ada yang berkelayakan untuk anda dapatkan. Sila ke laman utama yang telah disediakan – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button