BANTUANiSejahtera

ISejahtera Bantuan Sehingga RM1000 ~ Semak Senarai Bantuan

ISejahtera bantuan sehingga RM1,000 adalh merupakan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri bagi membantu rakyat yang memerlukan terutama kepada golongan sasar. Pelbagai bantuan telah diperkenalkan dari pihak kerajaan persekutuan dan negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar yang memerlukan.

INSENTIF KHAS

Untuk makluman, salah satu program bantuan yang boleh didapati pada waktu ini adalah melalui iSejahtera yang merupakan sumbangan penghargaan serta keprihatinan pihak kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Melalui isejahtera, terdapat senarai bantuan yang disediakan yang berbentuk kewangan secara sekali bayar dan setahun sekali.

SENARAI BANTUAN

Terdapat 2 jenis bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri bagi bantuan i-sejahtera seperti berikut:

BANTUAN SECARA ‘SEKALI BAYAR’

  • Program bantuan Anak Emas – RM 200
  • Program bantuan Khairat Kematian – RM 1,000

BANTUAN SEKALI SETAHUN

  • Program bantuan Ibu Tunggal – RM 100
  • Program bantuan penghargaan Warga Emas – RM 200
  • Program bantuan Orang Kelainan Upaya (OKU) – RM 200
  • Program bantuan Suri Emas – RM 100

PANDUAN PERMOHONAN

Sekiranya anda berminat, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman i-sejahtera. Panduan disediakan seperti dibawah:

  • Langkah pertama sila layari portal rasmi i-Sejahtera – DI SINI
  • Kemudian tekan butang Permohonan baru dan Semakan status
  • Masukkan nombor kad pengenalan pemohon
  • Log masuk mengunakan id pengguna dan kata laluan yang telah anda tetapkan
  • Lengkapkan permohonan yang berkelayakan untuk anda dapatkan
  • Muat naik dokumen yang diperlukan
  • Jika dokumen tidak dimuat naik melalui sistem i-sejahtera, pemohon perlu sertakan salinan dokumen ke pejabat Daerah atau pejabat kebajikan masyarakat berhampiran.

Jika permohonan diluluskan, pembayaran akan diberikan secara berperingkat. Pendaftaran yang disahkan selepas 30 Jun akan menerima bayaran bantuan pada tahun berikutnya. Untuk semakan lebih terperinci berkenaan bantuan isejahtera, sila ke laman rasmi yang disediakan diatas.

INFO LANJUT

Pada tahun ini, selain daripada bantuan isejahtera negeri Pulau Pinang ini. Terdapat lebih banyak inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan pusat mahupun negeri lain. Jika anda terlepas pandang, semakan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon. Sila ke laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button