BANTUANBKMFASA 3

Semakan Jadual & Kadar Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3

Untuk sedia maklum, pada bulan September 2022 yang tidak lama lagi akan disalurkan Bantuan Keluarga Malaysia yang telah menjalani pembayaran Fasa ketiga. Pembayaran akan diberikan secara kredit ke akaun masing-masing dan tebus di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Pembayaran fasa 3 akan melibatkan semua kategori iaitu Warga emas, isi rumah serta bujang. Di sini telah disediakan maklumat yang perlu anda tahu berkenaan pembayaran BKM Fasa 3 yang akan diberikan tidak lama lagi.

JADUAL PEMBAYARAN BKM 2022 MENGIKUT FASA

FASA 1

Pembayaran mula dikreditkan pada 28 Mac 2022 secara berperingkat dan untuk makluman, pembayaran fasa 1 telah selesai.

FASA 2

Pembayaran mula dikreditkan pada 27 Jun 2022 secara berperingkat dan pembayaran tersebut telah selesai disalurkan.

FASA 3

Pembayaran akan mula disalurkan pada bulan September 2022 dan dijangkakan akan mula diberikan pada penghujung bulan sama seperti fasa 1 dan 2.

FASA 4

Pembayaran dijadualkan akan diberikan pada Disember 2022.

KADAR BAYARAN BKM FASA 3

Untuk makluman, kadar bayaran fasa 3 BKM dari RM 100 sehingga RM 900 bergantung kategori kelayakan penerima. Namun baru-baru ini pihak kerajaan telah menyatakan akan bakal ada penambahan bayaran tunai seperti berlaku di Fasa 2 lalu. Segala maklumat terbaru berkenaan BKM akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

SEMAKAN STATUS & KEMASKINI BKM 

Sekiranya anda ingin semak status BKM anda, sila layari Portal Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia – DI SINI

MAKLUMAT TAMBAHAN

Pada tahun 2022, selain BKM terdapat pelbagai jenis bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang boleh anda dapatkan, sila ke Halaman Utama yang telah disediakan –TEKAN DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button