BANTUANKerajaanSAVE

SAVE 3.0 ~ Bantuan RM 400 Percuma Untuk Rakyat Malaysia Tahun 2022

Pada tahun 2022, rakyat Malaysia boleh dapatkan bantuan percuma berbentuk baucar sehingga RM 400. Sekiranya anda sedang mencari dan membeli barangan peralatan elektrik secara langsung anda boleh tebus baucar percuma SAVE yang sudah memasuki tahun ketida ini melalui Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE 3.0) dari pihak kerajaan.

BAUCAR PERCUMA SAVE 3.0

Untuk sedia maklum, program SAVE ini merupakan sebuah skim bantuan berbentuk baucar diskaun yang diberikan percuma kepada warganegara Malaysia pada tahun ini. Melalui program ini, individu boleh claim sehingga RM 400 baucar diskaun bagi pembelian barangan elektrik yang mempunyai label cekap tenaga pada tahun ini.

Skim baucar e-rebat ini diberikan kepada warga yang berkelayakan untuk membeli barang elektrik yang telah menjalani ujian prestasi bagi peralatan elektrik yang sudah mendapat pengiktirafan kelulusan dan mempunyai label cekap tenaga 4 dan 5 bintang dari Suruhanjaya Tenaga Malaysia 2022.

Untuk pengetahuan, ramai yang telah berjaya menebus baucar diskaun ini, dan ia amat bermakna kerana dapat membantu meringankan pembelanjaan barang asas eletrik.

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Skim baucar percuma ini terhad kepada 1 akaun sahaja bagi pembelian pada tahun 2022 berdasarkan “First Come First Serve”
  3. Untuk yang sudah mendapatkan baucar percuma sebelum ini iaitu pada edisi save 1 & 2, anda hanya layak untuk claim kategori 2 SAVE 3.0, bermaksud anda boleh claim sehingga RM 200 sahaja
  4. Individu boleh claim terus secara atas talian di platform e-dagang pilihan masing-masing seperti Lazada, Shopee atau PG Mall
  5. Individu juga boleh membuat pembelian secara fizikal di mana-mana pasaraya atau kedai elektrik yang telah berdaftar.

CARA CLAIM BAUCAR

Ramai yang telah berjaya tebus baucar ini, masih belum terlambat untuk anda dapatkan baucar diskaun sehingga RM 400 SAVE 3.0 ini. Anda boleh claim bantuan ini dengan mudah secara online melalui platform e-dagang pilihan anda seperti dibawah.

Anda tidak perlu tergesa-gesa untuk tebus kerana program SAVE 3.0 ini dibuka sepanjang tahun 2022 bermula 1 Januari sehingga 31 Disenber 2022. Anda boleh claim sekiranya anda ingin membeli barangan peralatan eletrik. Untuk mengetahui lebih terperinci berkenaan program SAVE ini, sila layari portal rasmi SAVEENERGY – DI SINI

Untuk maklumat tambahan, pada tahun 2022 pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan khususnya melibatkan bantuan berbentuk tunai untuk rakyat yang memerlukan. Jika terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button