BANTUANePemula

Bantuan ePemula RM200 Untuk B40 & M40

Bantuan ePemula adalah merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun lalu untuk golongan B40. Untuk makluman, pada tahun ini bantuan khas ini telah diteruskan menerusi kenyataan kerajaan pada sidang Bajet 2023 yang lalu.

BANTUAN EPEMULA

Untuk sedia maklum, bantuan khas ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia berbentuk insentif e-tunai dan ini tidak boleh dikeluarkan dalam bentuk wang tunai. Berita gembira pada tahun ini pihak kerajaan telah menaikkan kadar bantuan sebanyak RM200 berbanding RM150 tahun lalu. Perkara ini telah diumumkan pada sidangĀ BAJET 2023 yang lalu.

Pihak kerajaan juga telah menambah kategori, kepada golongan M40 juga akan turut mendapat manfaat bantuan ini bernilai RM100. Ini bermakna kumpulan B40 akan mendapat bantuan sebanyak RM200 dan M40 sebanyak RM100.

KAEDAH TEBUS BANTUAN EPEMULA

Seperti tahun lalu, kaedah untuk tebus insentif khas berbentuk ewallet ini adalah sama. Penebusan insentif boleh dilakukan melalui aplikasi e-tunai pilihan masing-masing seperti berikut :

  • ShopeePay
  • GrabPay
  • BigPay
  • Touch N Go eWallet

Nota : Pengesahan nombor kad pengenalan diperlukan dan insentif ini hanya boleh ditebus sekali sahaja dari pilihan platform e-dagang pilihan anda.

SENARAI PENERIMA BANTUAN

Dibawah telah disediakan syarat kelayakan bagi penerima yang ingin menebus bantuan khas ini secara percuma seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka untuk kumpulan belia dan bujang yang berumur 18 hingga 20 tahun
  • Terbuka kepada pelajar yang menyambung pelajar di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS)
  • Kumpulan belia M40 yang mempunyai pendapatan tahunan dibawah RM100,000.

TARIKH BAYARAN EPEMULA

Pada tahun 2022, bantuan khas ini telah dilaksanakan pada suku pertama tahun lalu. Bagi ePemula tahun ini, masih belum diumumkan berkenaan tarikh perlaksanaan. Sebarang maklumat terkini berkenaan insentif ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

MANLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan ewallet ini, terdapat inisiatif berbentuk tunai telah dilancarkan pada awal tahun ini seperti sumbagan tunai rahmah (STR) fasa 1, bantuan musim tengkujuh (BMT) dan banyak lagi.

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk memohon –SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button