Awal PesekolahanBANTUANBAP

Senarai Penerima Bantuan RM150 : Disalurkan Pada Bulan Ini

Senarai Penerima Bantuan RM150 secara one-off telah mula disalurkan secara berperingkat pada bulan ini seluruh negara. Untuk makluman, pemberian sumbangan inisiatif khas ini merupakan salah satu bantuan dibawah Belanjawan 2024.

SENARAI PENERIMA BANTUAN RM150 (2024)

Pelbagai jenis insentif berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat terutama bagi golongan memerlukan. Perkara ini adalah sebagai bukti keprihatinan kerajaan bagi menangani masalah kewangan penduduk Malaysia.

Program pemberian bantuan awal persekolahan (BAP) ini telah mula dilaksanaankan pada kadar RM150 seorang pada bulan ini. Senarai penerima yang layak adalah terdiri daripada pelajar/ murid darjah 1 sehingga tingkatan 5.

Pada tahun ini, kadar peruntukan telah dinaikkan kepada RM788 juta berbanding tahun lalu RM450 juta ringgit. Dengan kenaikan peruntukan ini akan lebih memberi manfaat kepada ramai pelajar tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

PEMBERIAN BANTUAN RM150 MULA DISALURKAN

Pembayaran bantuan khas BAP ini telah mula disalurkan secara berperingkat mengikut kawasan sekolah masing-masing. Kepada mereka yang belum mendapat insentif RM150 one-off ini boleh rujuk pada pihak sekolah untuk ketahui butiran penuh.

Kaedah bayaran bantuan tunai BAP dilakukan melalui pihak sekolah kepada murid sama ada secara tunai atau pengkreditan ke dalam akaun. Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa bantuan ini perlu disalurkan sepenuhnya (RM150) kepada pelajar tanpa perlu menolak amaun untuk urusan lain.

SENARAI BANTUAN LAIN – PENERIMA (RMT) DITERUSKAN

Pada masa yang sama, pihak kerajaan turut memaklumkan menaikkan kadar peruntukan bagi bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada RM784 juta berbanding RM625 juta tahun sebelum ini.

Peruntukan bagi elaun murid/ pelajar sekolah berkeperluan khas jua dinaikkan sekitar RM199 juta berbanding RM181 juta tahun lalu. Dengan adanya pemberian insentif seperti ini, kerajaan yakin dapat membantu mengurangkan beban keluarga dan murid yang berada dalam kumpulan sasar.

Bantuan-bantuan berkenaan sumbangan kepada para pelajar ini telah diumumkan pada sidang pembentangan Belanjawan 2024 . Segala maklumat berkenaan insentif akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan masyarakat.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan insentif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button