BANTUANBKMFASA 3

Kadar Jumlah Bayaran BKM Fasa 3 Bakal Ditambah

Untuk makluman, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah merupakan sebuah program bantuan berbentuk tunai yang melibatkan dana bantuan terbesar pada tahun 2022. Bagi pembayaran BKM Fasa 1 dan 2 telah selesai disalurkan pada bulan Mac dan Jun, kini berbaki fasa 3 dan 4 untuk tahun 2022.

Ramai yang menunggu pembayaran fasa seterusnya pada bulan September nanti. Sama seperti fasa 2, pembayaran bkm fasa 3 dan 4 kemungkinan akan ditambah sekiranya perka kenaikkan harga barang asas berterusan.

Pihak kerajaan memberi bayangan akan meningkatkan kadar bantuan BKM pada fasa ketiga nanti sekiranya isu kenaikkan harga barang dalam negara masih berterusan. Hal ini amat penting bagi sesetengah individu kerana dengan adanya penambahan bayaran, secara tidak langsung dapat menampung pembelanjaan harian terutama barangan keperluan asas dapat dibeli dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil ini.

Kadar Bayaran

Untuk makluman, kadar bayaran BKM adalah sehingga RM 2,600 mengikut kategori. Ini merupakan kadar bantuan terbesar dari pihak Kerajaan berbanding tahun tahun sebelum ini. Menerusi kenyataan Perdana Menteri, langkah ini merupakan usaha pihak kerajaan dalam segi membantu meringankan beban rakyat terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan terkesan disebabkan ekonomi pada tahun ini.

Menurut kenyataan beliau juga, jika kes harga barang naik lagi dan masih tidak selesai, BKM fasa 3 dan 4 mungkin akan ditambah kadar bayatan untuk kesenangan rakyat.

Bayaran BKM 

Seperti sedia maklum, pembayaran BKM Fasa 3 dijadualkan akan diberikan pada bulan september 2022. Namun tarikh rasmi belum diumumkan kerajaan. Mengikut dari pembayaran Fasa 1 dan 2, boleh dijangkan pembayaran akan diberikan pada hujung bulan september nanti. Segala maklumat terkini berkenaan BKM akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Semakan Status BKM

Anda boleh semak status kelayakan BKM anda secara online, layari portal Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button