BANTUANFASA 3STR

Jadual Bayaran STR Fasa3 Mengikut Senarai Bank

Jadual bayaran STR fasa3 mengikut senarai bank akan dimaklumkan, pembayaran akan dijalankan secara berperingkat sebelum 29 Jun 2023. Untuk pengetahuan umum, pemberian sumbangan tunai rahmah fasa ketiga telah dipercepatkan.

JADUAL BAYARAN STR FASA3

Jadual asal pembayaran STR fasa (3) telah dimaklumkan sebelum ini akan dibayar pada bulan Julai 2023. Tetapi disebabkan penghujung bulan ini adalah sambutan hari raya aidiladha, atas keprihatinan kerajaan telah bersetuju untuk mengawalkan bayaran pada bulan ini.

Menerusi kenyataan Perdana Menteri iaitu Datuk seri anwar baru-baru ini, peruntukan bantuan fasa ketiga adalah lebih daripada 2 billion. Kadar yang diberikan adalah lebih tinggi berbanding fasa 1 dan fasa 2.

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah sehingga RM1,300, amaun bantuan adalah bergantung kategori kelayakan. Jadual bayaran STR fasa3 akan dikreditkan mengikut senarai bank sama seperti fasa sebelum ini.

Bagi pemegang kad bank simpanan nasional (BSN) akan menerima terlebih dahulu sebelum bank-bank lain seperti CIMB, Maybank, bank rakyat dan lain-lain.

JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah jumlah yang akan dikreditkan secara berperingkat dijangka bermula pada minggu ketiga bulan ini mengikut kategori seperti dibawah :

KATEGORI ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500 KEBAWAH)

  • Tiada tanggungan anak : RM300
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2 orang) : RM400
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4 orang) : RM600
  • Mempunyai tanggungan anak (5 dan lebih) : RM800

ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000 KEBAWAH)

  • Tiada tanggungan anak : Tiada bayaran
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2 orang) : RM150
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4 orang) : RM200
  • Mempunyai tanggungan anak (5 dan lebih) : RM250

WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • RM200 seorang

BUJANG (21 – 59 TAHUN)

  • RM150 seorang

Nota : Kepada penerima sedia akan kategori isi rumah yang berstatus miskin tegar melalui data ekasih. Golongan ini ditawarkan layak menerima STR tambahan RM600 dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas.

SEMAKAN STATUS STR FASA3

Kepada penerima sedia ada dan pendaftaran baru yang dilakukan pada bulan Mac lalu, sekarang kalian boleh membuat semakan status STR secara online. Sila layari laman web rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan perpaduan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif untuk membantu rakyat pada tahun ini. Sila lihat senarai bantuan kewangan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK SINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button