BANTUANMySalam

Insentif Kewangan RM 700 Tanpa Perlu Mohon

Pada tahun 2022 terdapat satu bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan tanpa perlu membuat permohonan, anda hanya perlu semak kelayakan dan tebus. Bantuan yang dimaksudkan adalah skim program MySalam tahun 2022. Di bawah telah disediakan maklumat lengkap berkenaan Mysalam yang boleh anda jadikan rujukan.

Skim MySalam 2022

Program skim Bantuan MySalam ini adalah merupakan satu inisiatif skim bantuan berbentuk takaful perlindungan kesihatan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Untuk makluman umum, bantuan ini diberikan secara percuma kepada keluarga Malaysia yang memerlukan dengan kaedah menyediakan skim perlindungan takaful dan bantuan ini lebih mensasarkan kepada golongan yang berpendapatan senderhana dan rendah melalui dana amanah Mysalam pada tahun ini.

Tujuan utama skim bantuan Mysalam ini diperkenal dan dilaksanakan adalah bagi membantu meringankan beban dan memudahkan golongan sasar yang berpendapatan rendah untuk meneruskan menjalani kehidupan yang lebih selesa dan cukup dalam persiapan bakal berdepan cabaran kewangan dengan penyakit yang dihidapi. Bantuan ini juga adalah salah satu inisiatif prihatin dari pihak kerajaan.

Syarat Kelayakan MySalam 2022

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang perlu anda ketahui sebelum claim seperti berikut :

  • Terbuka kepada individu atau golongan yang berusia 40 tahun hingga 65 tahun yang mempunyai pendapatan RM 24,000 dan ke bawah dalam tempoh setahun
  • Terbuka kepada individu atau golongan yang berusia 18 tahun hingga 65 tahun dan mempunyai pasangan
  • Terbuka kepada individu atau golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berusia 18 tahun hingga 65 tahun yang mempunyai pendapatan RM 24,000 dan kebawah dalam tempoh setahun

Panduan Cara Tebus / Claim MySalam 2022

Jika anda menepati syarat kelayakan, anda boleh tebus bantuan skim Mysalam RM 700 ini. Panduan cara tebus telah disediakan seperti berikut :

  1. Pertama anda perlu membuat semakan, sila layari laman rasmi MySalam – DI SINI
  2. Sila ikuti arahan di laman tersebut untuk tujuan tebus sehingga selesai
  3. Kepada penerima yang layak, kalian akan menerima pengesahan secara melalui SMS
  4. Jika anda layak tetapi tidak menerima SMS dalam waktu yang ditetapkan, anda perlu menghubungi talian khas Hotline MySalam – 1 300 888 983 atau melalui secara e-mel di info@mysalam.com.my

Maklumat penting : Kepada penerima bantuan terdahulu seperti bantuan BSH dan BPR atau BKM, kalian secara automatik layak. Pihak Mysalam akan terus masukan maklumat data kalian ke dalam sistem data MySalam.

Manfaat / Faedah dari Skim MySalam 2022

Berikut adalah manfaat akan diterima oleh individu yang layak seperti berikut :

  • Bagi kalian yang layak akan terima bayaran secara harian dalam tempoh 14 hari untuk setahun pada kadar bayaran sebanyak RM 40 untuk sehari bersamaan RM 700 untuk setahun
  • Bagi mereka yang layak bakal menerima bayaran insentif sebanyak RM 8,000 yang akan dilaksanakan dalam pada masa yang akan diumumkan

Maklumat terbaru : Bermula pada tahun 2022, Skim Bantuan MySalam telahpun diperluaskan kepada para penerima bantuan BKM. Penerima BKM akan turut layak secara automatik bantuan Mysalam. Skim bantuan takaful Mysalam ini amat penting bagi persiapan jika musibah berlaku dan disarankan untuk menebus bantuan ini kerana ini percuma.

Maklumat Lanjut

Untuk pengetahuan kalian, selain dari insentif skim bantuan mysalam ini terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun ini khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button