BANTUANRUMAH

Panduan Cara Mohon Skim Smart Sewa Untuk Keluarga Malaysia

Untuk pengetahuan umum, terdapat satu program iaitu Skim Sewa yang telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri bagi tujuan dapat membantu rakyat yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri di negeri Selangor.

Butiran Program Skim Smart Sewa

Melalui pihak Lembaga Perumahan Hartanah Selangor atau lebih dikenali sebagai LPHS akan menguruskan semua proses Skim Smart Sewa untuk memberikan sewa kepada golongan keluarga Malaysia B40 yang benar-benar layak.

Skim Smart Sewa ini diwujudkan oleh pihak kerajaan negeri bagi tujuan untuk membantu mereka yang layak untuk membuat deposit dalam urusan beli rumah sendiri. Di bawah telah disediakan syarat kelayak bagi anda yang ingin membuat permohonan skim smart sewa.

Syarat Kelayakan Smart Sewa

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk permohonan seperti berikut :

  • Pemohon wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah
  • Pemohon harus berumur 18 tahun dan ke atas semasa permohonan
  • Pendapatan isi rumah RM 5,000 dan ke bawah
  • Pemohon / individu merupakan suami atau isteri yang bekerja serta menetap di negeri Selangor
  • Individu / pemohon yang belum memiliki rumah sendiri

Panduan Permohonan

Sekiranya anda menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda boleh membuat permohonan. Sila layari portal rasmi PHSSB untuk muat turun borang dan dapatkan panduan berikut – DI SINI

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen penting yang anda perlu sediakan seperti berikut :

  • Sediakan salinan MyKad pemohon
  • Sediakan salinan kad pengenalan pasangan – Jika ada
  • Sediakan surat nikah
  • Sediakan salinan KWSP
  • Sediakan salinan penyata gaji – 3 bulan terbaru
  • Sediakan salinan bil air / bil elektrik

Tempoh Sewa 

Bagi tempoh sewa smart sewa adalah minimum sewa selama 2 tahun dan maksimum sehingga 5 tahun.

Deposit Skim Smart Sewa

Bagi deposit untuk smart sewa termasuklah Sewaan 2 bulan, sewa semasa satu bulan dan caj utiliti.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan smart sewa ini, anda boleh layari portal rasmi yang telah disediakan diatas. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau permasalahan semasa permohonan, anda boleh terus hubungi talian khas di – 03 5524 0233.

Maklumat Lanjut

Pada tahun ini, terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan persekutuan dan negeri khususnya bantuan berbentuk kewangan kepada yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button