BANTUANGeran PelancaranJKM

Bantuan Kewangan (GP) RM2700 Diberikan Secara “One-Off”

Bantuan Kewangan (GP) berjumlah RM2700 diberikan secara sekaligus (One-off) kepada pemohon yang berkelayakan. Ini merupakan sebuah inisiatif yang ditawarkan pada tahun ini dalam skim bantuan kebajikan.

BANTUAN KEWANGAN (GP) RM2700

Seperti sedia maklum, pada tahun ini pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan memerlukan. Salah satu insentif yang boleh dimohon adalah bantuan Geran Pelancaran.

Untuk makluman, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah pihak yang mengendalikan sepenuhnya bantuan khas ini. Ramai yang tidak tahu mengenai inisistif istimewa ini yang boleh dimohon pada tahun ini kepada mereka yang berkelayakan.

Perlaksanaan program skim bantuan GP ini adalah bertujuan membantu serta memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM. Mereka yang produktif, mempunyai minat dan kemahiran serta potensi untuk menjana pendapatan secara individu atau keluarga.

Dengan adanya insentif ini dapat mewujudkan program kearah pembangunan dan pengintergrasian untuk membantu klien mencapai matlamat berdikari.

KADAR BANTUAN KEWANGAN (GP)

Menerusi program Geran Pelancaran, mereka yang layak akan menerima insentif berjumlah RM2,700 secara sekaligus (one-off). Kumpulan yang memenuhi syarat kelayakan boleh mengemukakan permohonan bantuan khas ini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN RM2700

Terdapat beberapa syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan khas ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di Malaysia
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan, purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  • Merupakan kumpulan sasar JKM.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN GP

Kepada yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan masih boleh dikemukakan. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman web rasmi eBantuan JKM – DI SINI

Bagi memudahkan proses urusan semakan permohonan dilakukan, pemohon perlu sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan. Seperti salinan kad pengenalan diri/pemohon, pasangan, tanggungan dan berkaitan.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai kepada rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button