BANTUANBKMFASA 3
Trending

Semakan Jadual Dan Kadar Bayaran BKM Fasa 3

Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM adalah merupakan Program Inisiatif berbentuk Bantuan Tunai yang melibatkan dana terbesar pihak Kerajaan pada tahun ini. Program bantuan ini diberikan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana pada tahun 2022.

BKM juga adalah bantuan tunai yang menggantikan bantuan tahun sebelum ini iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Bagi bayaran BKM akan melibatkan 4 fasa pembayaran dan akan dibayar dalam tahun 2022.

Bantuan Keluarga Malaysia

Untuk makluman umum, pembayaran BKM Fasa 1 telah selesai disalurkan bermula 28 Mac 2022. Kini pembayaran BKM Fasa 2 juga turut hampir selesai diberikan yang mana pembayaran bermula 27 Jun sehingga 5 Julai secara berperingkat. Semakan status pembayaran BKM anda boleh buat secara online melalui Laman Rasmi BKM – DI SINI

Seperti yang diketahui umum, selepas ini akan diberikan bayaran BKM Fasa 3 pula. Jadi di ruangan bawah telah disedikan maklumat yang perlu anda ketahui berkenaan Fasa 3 BKM.

Kadar Bayaran BKM Fasa 3

Bagi kadar bayaran BKM Fasa 3 adalah sebanyak dari RM 150 sehingga RM 900 bergantung kelayakan kategori penerima, pembayaran fasa 3 adalah jumlah paling tinggi berbanding fasa 1 dan 2. Pada pembayaran BKM Fasa 3 semua kategori akan terlibat, iaitu bujang, isi rumah dan warga emas.

Jadual Tarikh Bayaran Fasa 3

Untuk makluman, pembayaran Fasa 3 secara rasmi akan disalurkan pada bulan September 2022. Namun tarikh rasmi masih belum diumumkan, tetapi mengikut bayaran sebelum ini iaitu fasa 1 dan 2, akan disalurkan pada hujung bulan September. Dijangkakan pembayaran akan bermula dari tarikh 26 – 30 September 2022 sama seperti fasa 1 dan 2 dibayar pada penghujung bulan tersebut.

Anda tidak perlu khuatir, pihak kami akan sentiasa kemaskini berkenaan BKM ini. Segala maklumat terbaru akan kami kemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukkan semua.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan terutama berbentuk kewangan selain BKM yang telah disediakan oleh pihak kerajaan kepada rakyat yang memerlukan. Sekiranyan anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disedikan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button