Bantuan kewangan Belia RM350 akan dikreditkan pada bulan ini dan bulan depan mengikut kelayakan penerima inisiatif khas ini. Untuk sedia maklum, pada bulan Jun dan Julai golongan bujang belia akan dapat bayaran bantuan STR dan edompet.
BANTUAN KEWANGAN BELIA RM350
Pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan khas kepada golongan belia berjumlah RM200 dan RM150 pada 2 bulan ini. Inisiatif ini ditawarkan adalah bagi membantu meringankan beban golongan belia dan mahasiswa pada tahun ini.
Jadual bayaran bantuan kewangan untuk belia berjumlah RM350 ini akan diberikan secara berperingkat seperti berikut :
- Bulan Jun 2023 : Bayaran bantuan e-dompet berjumlah RM200
- Bulan Julai 2023 : Bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berjumlah RM150
BANTUAN E-DOMPET 2023
Untuk sedia maklum, pada sidang Belanjawan 2023 pihak kerajaan telah memaklumkan bantuan (edompet) e-tunai belia rahmah RM200 akan dilancarkan pada bulan Jun. Syarat kelayakan penerima sebelum ini dimaklumkan diberikan kepada belia berumur 18 – 20 tahun.
Namun Perdana Menteri telah mengumumkan bahawan bantuan khas ini akan diperluaskan kepada kumpulan mahasiswa tanpa mengira had kelayakan umur. Bantuan ini akan dilaksanakan pada bulan ini dengan kadar RM200 seorang.
Dijangka perlaksanaan bantuan edompet ini akan dijalankan seperti tahun lalu, dimana pemohon boleh tebus kredit percuma ini melalui aplikasi pilihan. Seperti Bigpay, Touch N Go ewallet, grabpay dan Shopeepay dan tarikh permohonan akan dikemaskini selepas pengumumkan dari kerajaan.
STR BUJANG FASA KETIGA 2023
Bagi pembayaran STR fasa ketiga kategori bujang akan dikreditkan dengan nilai RM350. Pemberian akan dijalankan secara berperingkat pada bulan depan (Julai).
Bagi pengetahuan umum, pemberian STR 2023 untuk kategori bujang akan dibayar sehingga fasa ketiga sahaja. Pembayaran fasa keempat dijadualkan pada bulan November nanti untuk bujang tiada pembayaran.
Untuk penerima sedia ada STR, anda boleh menyemak status pembayaran sumbangan tunai rahmah secara online. Sila layari portal rasmi bantuan tunai MySTR – DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kerajaan negeri dan persekutuan telah memperkenalkan pelbagai jenis insentif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu rakyat yang memerlukan pada tahun ini. Kepada mereka yang terlepas padang boleh semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.