BANTUANBeliaPERKESO

Bantuan Belia 2022 : Insentif Kewangan Sebanyak RM 1,000

Pada sidang Bajet Belanjawan yang berlangsung pada penghujung tahun lepas telah mengumumkan berita baik untuk golongan Belia dalam kalangan warganegara Malaysia. Berita baik itu adalah Pihak Kerajaan akan memberikan Bantuan Insentif Kewangan kepada Golongan Belia sebanyak RM 1,000 kepada mereka yang berumur 18 tahun sehingga 30 tahun.

Kepada setiap majikan yang mempunyai pekerja yang berumur sekitar 18 hingga 30 tahun melepasi syarat kelayakan umur dan layak untuk memohon Bantuan insentif kewangan ini sebanyak RM 1,000 ringgit menerusi Program Perantisan yang bermula pada 1 Januari 2022.

Tujuan bantuan insentif dari pihak kerajaan ini adalah bagi meningkatkan mutu kemahiran belia melalui ”on the job training” dan turut memberikan peluang kepada golongan belia yang masih menganggur, tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menambahkan lagi pengalaman dalam bekerja.

Syarat Kelayakan Insentif Belia

Kepada para belia yang ingin memohon Bantuan ini, hendaklah memenuhi syarat syarat kelayakan seperti di bawah:

  • Individu belia yang masih tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap dan belia yang masih menganggur
  • Individu belia yang pernah mengikuti mana mana Program Perintisan yang berdaftar di Badan-badan berkanun atau mana-mana jenis syarikat.
  • Individu belia lepasan sekolah atau graduan yang menepati syarat had umur antara 18 hingga 30 tahun
Panduan Cara Memohon Insentif Belia

Kepada golongan belia yang ingin membuat permohonan , pihak anda perlu memohon Penjana Kerjaya secara online melalui Portal Rasmi di – SINI

Bagi golongan Belia yang ingin menyertai Program Perantisan, anda boleh membuat pendaftaran dengan cara isi maklumat anda di Laman Rasmi MyFutureJobs untuk tujuan permohonan di – SINI

Maklumat Insentif Belia

Insenti kewangan yang akan di terima oleh perantis (golongan belia) atau majikan seperti di bawah:

  • Minimum Elaun atau Gaji sebanyak RM 1,200 sebulan
  • Individu belia turut layak untuk mendapatkan elaun kesediaan kerja
  • Pihak majikan di berikan hanya satu kursus latihan bagi perantis dengan jumlah kos maksimum sehingga RM 4,000
  • Bayaran akan di berikan sebanyak RM 1,000 kepadapihak majikan yang mana merupakan lepasan graduan atau sekolahuntuk tujuan Program Perantisan
Maklumat Lanjut 

Untuk sebarang pertanyaan atau anda ingin maklumat terperinci tentang Bantuan Belia ini boleh terus menghubungi di talian rasmi seperti berikut :

Tel : 1 300 88 2000 / 03 8091 5300

e-mel : [email protected]

Nota : Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut maklumat Bantuan yang ada pada tahun 2022, boleh terus layari Portal Rasmi di – SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button