BANTUANBKM

BKM 2022 : Tambahan Bayaran Bantuan Sehingga RM 500

Salah satu insentif bantuan baru dari pihak kerajaan iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang dilancarkan pada tahun 2022. Bantuan BKM ini di wujudkan bagi tujuan dapat meringankan beban rakyat dalam menempuh kehidupan seharian dengan lebih selesa dalam norma baru ini.

Syarat Wajib Kelayakan Bayaran Tambahan BKM 2022

Dibawah ialah syarat-syarat kelayakan yang pihak kerajaan telah tetapkan seperti berikut :

  • Pertama yang wajib adalah penerima ialah penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022)
  • Berstatus ibu / bapa tunggal (IBT) dalam kategori Isi Rumah (IR) mempunyai anak / jagaan yang menepati syarat
  • Berstatus Warga Emas dalam kategori Isi Rumah (IR)

Bantuan tambahan ini telah diumumkan pihak kerajaan dan akan di laksanakan pada tahun ini (2022) Berdasarkan kelayakan yang bersesuaian, penerima akan dapat terima bantuan tambahan BKM.

Info Terperinci Tentang Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022)

Bagi sedia maklum semua sudah tahu pada tahun-tahun sebelum kerajaan ada memberi insentif Bantuan Prihatin Rakyat. Baru-baru ini di sidang bajet belanjawan 2022, telah diberitahu bahawa Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan mengantikan Bantuan Prihatin rakyat (BPR) tambahan lagi, pada tahun lalu juga ada insentif bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH) dan kemungkinan akan ada insetif bantuan lagi pada tahun ini.

Tarikh Pembayaran Bantuan Tambahan (BKM 2022)

Sehingga Januari 2022 masih belum ada kenyataan rasmi tentang tarikh tetap bayaran tambahan BKM 2022 ini. Pembayaran Bantuan Tambahan BKM 2022 ini dijangka akan dilaksanakan pada suku pertama tahun 2022 atau pada bulan Mac 2022.

Kadar Bayaran Tambahan BKM 2022
  • Untuk kategori ibu / bapat tunggal (IBT) MEMPUNYAI ANAK yang menepati syarat dapat bayaran tambahan sebanyak RM 500
  • Untuk kategori berstatus Warga Emas mendapat bayaran tambahan sebanyak RM 300
Anda boleh ikuti laman rasmi ini kerana pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa berkenaan tentang maklumat bantuan tambahan BKM 2022 ini, sekian.

Related Articles

2 Comments

  1. ni semua mencarut…nk tmbah bantuan ler itu ler ini ler..
    tapi..satu pe pon takde lagi.klau ikhlas nak memberi tu tak payah nk crita/janji lebih bagai.bagi jer..in sha Allah..mlimpah ruah rezki Allah turunkan dekat malaysia.ni tak…banyk brjanji dr menolong nasib rakyat

  2. ni semua mencarut…nk tmbah bantuan ler itu ler ini ler..
    tapi..satu pe pon takde lagi.klau ikhlas nak memberi tu tak payah nk crita/janji lebih bagai.bagi jer..in sha Allah..mlimpah ruah rezki Allah turunkan dekat malaysia.ni tak…banyk brjanji dr menolong nasib rakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button